RSS

Wednesday, 14 March 2012

Tentang Bahasa Arab : Pendapat Ulama'





Ibni Qayyim Al-Jauziah rahimahullah berkata: 
“Sesungguhnya kelebihan Quran akan diketahui oleh seseorang yang tahu bercakap Arab, tatabahasa, nahu, ilmu sastera, dan membaca syair-syair Arab, khutbah-khutbahnya, rencana-rencananya…….” Rujukan: Kitab Ulum Quran: Al-Fawaid, ms: 7
Pendapat dan kata-kata Ibni Taimiah :
1 “Golongan Salaf mereka tidak suka menukarkan syiar (simbol) bangsa Arab sehingga dalam urusan jual-beli iaitu bercakap dengan bahasa bukan Bahasa Arab melainkan jika perlu.  Sebagaimana telah dinyatakn oleh Imam Malik, Imam Syafei, dan Imam Ahmad.  Imam Malik berkata: (Barangsiapa bercakap dimasjid kami bukan dengan Bahasa Arab, sila keluar darinya).  Meskipun harus bercakap dengan semua bahasa tetapi golongan salaf  mereka tidak menggunakannya bahasa lain kecuali jika perlu dan mereka tetap menggunakan Bahasa Arab semata-mata untuk menjaga syiar Islam.” Rujukan: Kitab Al-Fatawa: 32/255
2 “Ketahuilah membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Arab memberi kesan yang kuat dan jelas kepada pemikiran, tingkahlaku dan agama seseorang, ia juga memberi kesan dalam mengikut umat awal Islam dari kalangan sahabat dan tabiin yang juga akan menambahkan kekuatan pemikiran, agama dam akhlak.  Sesungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian dari agama Islam, mengetahuinya adalah wajib.  Ini kerana memahami Quran dan Hadith itu wajib dan seseorang tidak akan memahami keduanya melainkan dengan Bahasa Arab.  Sesuatu yang tidak sempurna kewajipan kecuali dengannya, jadi ia juga adalah wajib.”  Rujukan: Kitab Iqtidha’ Sirotalmuastaqim 207
3 “Jelas diketahui hukum mempelajari Bahasa Arab dan mengajarnya adalah fardhu kifayah.  Golongan salaf mereka melatih anak-anak mereka bertutur Arab dan kita diperintah samada secara wajib atau sunat menjaga tatabahasa Arab dan membetulkan sebutan yang tidak tepat yang akan dengan sendirinya akan mengajar kita cara memahami Quran dan Hadith dan mengikut bangsa Arab dalam meyampaikan khutbah.  Jika orang ramai membiarkan sebutan yang tidak betul, ia adalah satu kekurangan dan keaiban.” Rujukan:Kitab Al-Fatawa, ms:32/252
4 “Tafsir Quran dan Hadith mestilah seseorang yang mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Allah ta’ala dan Rasulullah sallahualaihiwasallam tentang sebutan-sebutan dan bagaimana memahami perkataanya.  Oleh itu megetahui Bahasa Arab yang ditujukan kepada kita antara yang membantu kita memahami kehendak Allah dan Rasul dalam Quran dan Hadith.  Begitu juga mengetahui makna-makna setiap perkataan kerana sesungguhnya secara umum mereka yang sesat/bidah kerana tidak menguasai yang tersebut dan mereka menafsirkan Quran dan Hadith mengikut dakwaan apa yang mereka faham sedangkan makna sebenar adalah sebaliknya.”   Rujukan: Kitab Iman, ms: 111
5 “Sesungguhnya bercakap Arab adalah syiar Islam dan penganutnya, bahasa adalah seagung-agung syiar bagi umat yang akan membezakannya dengan yang lain.” Rujukan: Kitab Iqtidha’ Sirotalmuastaqim ms: 203
Imam Syafei rahimahullah ada menyebut:  
“Seseorang hendaklah melakukan tuntutan yang akan mengugurkan tuntutan umum(fardhu kifayah) dalam sesuatu yang diperlukan oleh mereka iaitu bersunguh-sungguh mempelajari Bahasa Arab dan ilmu-ilmunya yang dengannya akan mengetahui dengan sempurnanya apa yang terkandung dalam Quran, Hadith, Athar, pendapat-pendapat ahli tafsir dari kalangan sahabat dan tabiin, mengetahui makna perkataan-perkataan yang pelik, surat-surat.”   Rujukan: Kitab Tahzib Al-Lughah- Al-Azhariy, 5/1)

No comments:

Post a Comment