RSS

Friday 30 March 2012

Kau menyapaku di dalam teksi merah!

"Berminat nak jadi Facy tak???"

hehe..itulah ayat pertama perkenalan kami. Sungguh unik. Di atas taksii. Kami berjumpa sewaktu kami sama-sama pulang dari kerja. Dia bekerja di Pejabat Tanah sebelum mendapat kerja di YaPEIM. Aku sewaktu itu mengajar di sebuah taska swasta. Taska Sayangku Harma. Tempat kerjaku lebih jauh dari tempat kerjanya. Kalu aku balik rumah, aku akan melalui pejabat Tanah dan melalui kampungnya dahulu.

Tak ingat hari apa, mungkin Selasa atau Rabu. Aku pulang dari kerja dengan taxi merah kepunyaan seorang pemandu yang biasa terlihat di sekitar antara rumahku dengan sekolahku. Aku ke sekolah dulu dengan taksii. Tapi kami tidaklah terlalu kenal dan ramah untuk berborak. Petang, mungkin aku terlalu penat dan tak ada mood nak berborak-borak walaupun dengan penumpang perempuan di sebelahku.

Teksi yang ku naiki berhenti di depan Pejabat Tanah kerana ada seorang penumpang yang menahannya. Seorang kakak yang bertudung labuh dan sopan kelakuannya menaiki teksi. Berminat juga nak kenal dengan kakak ini. Tapi agak susah nak berborak sebab terhalang dengan penumpang di tengah-tengah kami. Suasana senyap.. Tiga gadis petang itu  memenuhi tempat duduk belakang teksi dan masing-masing tidak berkata apa-apa. tempatku di sebelah pintu kanan kereta. sampai lah teksi yang kami naiki berhenti di Kampung Pangkalan Nyireh, kampung kakak yang bertudung labuh itu. Aku sampai di rumah..habis cerita petang rabu/selasa itu.

Keesokan harinya...

seperti biasa aku menunggu teksi untuk pulang ke rumah. Oh, teksi kelmarin. Aku duduk di tempat aku semalam. Merenung di luar tingkap. Teksi menuju ke Kampung Raja. Kelihatan kakak yang bertudung labuh semalam menahan teksi yang ku naiki. Kini, tiada penumpang lain. Hanya kami berdua di belakang. Tiba-tiba aku disapa, "Berminat nak jadi Facy x??" Aku terkejut dan .. "Haa???" haha....

Itulah saat perkenalan kami. Di waktu petang nan indah. Dia mengajakku untuk menjadi facy dalam program Klinik UPSR anjuran YaPEIM dan KIC (Kecemerlangan Insan Cosultant). Dar situ lah aku terus aktif bersama Kak Nik dalam program-program motivasi. Seronok bersama Kak Nik..rupanya dia tinggal di Kampung nenekku..hihi..kecilnya dunia!

Aku yang baru balik dari UMK ketika itu, (tahun 2009) mencari kerja dahulu sebelum membuat keputusan mencari mana-mana IPT yang layak denganku. Biologi jiwaku tetapi aku rasa mahu meneroka bidang lain. Aku mula mencari-cari kolej Islam. huhu...  Ya, keinginanku ada hanya di situ dan hanya layak berada di situ. Pernah juga ku megadu pada kakak ini tentang rasa rendah diriku yang tak ke mana-mana. sedangkan facy-facy lain semuanya berkelulusan sana sini. ;-(

Banyak kenagan dan pengalaman yang aku timba bersama Kak Nik. Aku mengutip pengalaman sebelum sambung belajar. Terima kasih Kak Nik.. ;-)

oleh kerana kakak ini bekerja di bahagian kmuniti, banyak aktiviti dan banyak jelajahnya. Aku juga turut sama! Aku juga jadi 'tak lekat kat rumah' sebab ikut kak Nik berprogram. Alhamdulillah, mak ayah spotiing tapi biasalah, mereka wajib kena banyak tanya! sebab aku puteri mereka. kena tahu secara terperinci setiap agendaku! hehe. Aku juga dibawa Kak nik ke Pulau Redang, Pulau Perhentian....waa......best!!!!

Ini aku ambil dari album Kak Nik..

Sewaktu di Pulau Redang, Motivasi di SK Pulau Redang:

Ini time snorkeling. Huhu..jangan harap ku turu.penakut!! hihi...apa lagi, masa untuk mengambil gambar sepuasnya sambil menunggu diorang ni melihat panorama bawah air...

semua kusyuk medengar taklimat..ku ambil gambar pun tak perasan!! hihi a.syapik

cantik tak???? ni lah kerjaku...ku jalan-jalan melihat alam..huhu

hihi...ku ambil dari atas jambatan...makhluk apakah yang terapung-apung itu...??

cuba cari kak nik.....hihi...

yang ini paling ku suka!!! Boleh lah isi puisi di ruang kosog ...

akibat nakal... "abang Long'' denda...ku pula "Kak Su" ehe..

suasana petang nan indah.....


waktu petang di Pulau Redang.....ni dekat resort 5star!! tapi kitorang bermalam di  quaters 5star!  huhu


hidupan laut yang terdampar di persisir pantai..

"ye adik-adik sekalian....ingat hok Kak Nik pesan ni deh.."


 dah la..kalau ikutkan nak letak semua gambar! cukup lah setakat itu. sebab..pertemuan ini sangat indah dan bermanfaat! Syukur.. 

Dialah penasihatku merangkap penyelesai kepada masalahku sewaktu aku didatangi naluri 'nak kahwin' yang membuak-buak pada suatu ketika dahulu sehingga aku dapat meredakan perasaan begitu. Sungguh, perkara itu terlalu mengganggu sebab itu aku perlu mendengar nasihat orang yang belum kahwin, yang berusia lebih tua dariku. Itulah penawar. Alhamdulillah. nanti ku cerita pada entri berikutnya, insyaAllah. jangan terlalu jauh memikirkanya..tunggu cerita dariku dulu. 

Sungguh, tempoh mula pertemuan kita hanya lah sesingkat perjalanan dari kampung Raja ke kampung pengkalan Nyireh..tapi engkau telah memberikanku seribu kenangan, dan engkau juga telah membangkitkanku kesedaran tentang pelbagai hal kehidupan yang sangat luas ini... sayang kak Nik....kerana Allah... 
semoga Allah membahagiakan hidup Kak Nik sekeluarga dunia dan Akhirat...ameen..

Wednesday 28 March 2012

2803 1710 2810 ?

aku suka gambar ini..suasana ini sama...tangisan lelakimu...takkan ku lupa...
maaf kepada Rartz, edit siket hehe la taghdhob..
.

Ada fungsi angka/nombor? Menurut aku, angka adalah tanda. Tanda yang membolehkan imaginasi seseorang menghubung di antara satu sama lain. 

Kenapa? kalau tiada tanda..

kita tak dapat membina sebuah bangunan yang kukuh berdiri kerana peratus bahan bancuhan untuk sesuatu binaan tidak dapat ditetapkan.

kita tak mampu menghasilkan satu masakan yang lazat kerana andai terlebih garam gulanya, maka tidakkah membazir?

kita tak mampu membezakan manusia normal dengan manusia sindrome-down kerana manusia biasa, pada kromosom nombor 21, ada dua kromosom manakala manusia istimewa itu terlebih satu kromosom (3 kromosom) dan atas sebab itu sambutan untuk mereka yang istimewa ini tandanya pada tanggal 21 Mac setiap tahun.

kita tak tahu tahap kesihatan kita andai anda berdarah rendah, normal, terlalu rendah atau darah tinggi.

kita tak pula tahu perihal tumbuhan dikotiledon atau monokotiledon

kita tak kagum pula perihal ATP dalam setiap sel kehidupan yang menyebabkan alam bahagia menjalani hidup

pasti teknologi telefon dan segala macam teknologi tidak terinovasi, bagaimana mahu berhubung manusia kalau tidak ada tanda yang membolehkan kita berhubung.

pasti tidak ada yang tahu tarikh-tarikh dia dilahirkan dan tidak bergemalah ucapan "Happy Birthday"

jika tanda itu tiada..

nescaya sejarah dicatat dalam keadaan kucar kacir tanpa diketahui dengan jelas setiap riwayat cerita pedoman sebelum Islam turun sehingga sekarang ini. mana tidaknya, bagi yang tidak mengkaji, ada juga yang mengatakan Imam Ghazali tidak suka dengan Ibnu Taimiyyah, Syeikhul Islam itu. padahal, Imam Ghazali meninggal dunia beberapa tahun terlebih dahulu sebelum lahirnya Ibnu Taimiyah ini lagi. Dah ada angka, namun masih kucar-kacir kerana akibat tidak mengkaji.

nescaya juga kita tak tahu apa pun yang termaktub indah dalam al-Quran. Yang memuatkan hal undang-undang keluarga, masyarakat dan seisi dunia. Tidak ada yang tertinggal. Tidak pula kita tahu berapa tahun pemuda-pemuda Kahfi tertidur dengan izin-Nya. Pembahagian harta pusaka untuk lelaki dan perempuan samakah?

dll....

Angka..perkiraannya kadang-kadang menyeronokkan, memeningkan namun ianya sangat unik! Hingga kita temui indahnya angka!

28 angka haribulan kelahiranku
03   bulan kelahiranku

=> 28hb 10  kelahirannya.....

17   angka haribulan kelahiran zauj
10 bulan kelahiran zauj


Justeru, sesungguhnya akan datang suasana yang membuatkan kita 'kembali' kepada ingatan silam. Menelusuri masa hadapan akan sentiasa ada  'titik pertemuan' atau 'titik kembali' kita kepada silam yang bisa merubah emosi. Itulah hakikat kehidupan yang tak boleh dinafikan. Sebab, hakikat insan itu akan kembali.

Saturday 24 March 2012

Salahkah jika ummi rindu?

aku membaca, aku tutup sebentar lagu yang sedang berkumandang dan aku buka video ini..indah lagu ini..dengarlah..



salahkah ummi punya perasaan begini?
dikau memanggil-manggil 'Ummi'?
Ummi rindu panggilan dari suaramu penyejuk hati
Belum habis terluah apa yang ummi rasai ini,
air mata ummi turun berlari mendahului
Ummi rindu ingin dipanggilmu wahai sayang Ummi
Ummi ingin dirayu-rayu manja suaramu
memanggil ummi lembut
mengharapkan perhatian dari ummi

susu untukmu
mengalir laju
selaju air mata cinta ummi padamu
tetapi  telah habis air susu itu
ya, habis di dunia
moga dikau menikmatinya di Syurga
yang jauh lebih lazat dan lebih berkhasiat
semestinya untukmu
Tuhan 'menyimpan'nya untukmu
namun, air mata cinta ummi ini tak pernah berhenti
kerana dikau begitu istimewa bagi ummi
walau jasadmu ummi tak sempat lihat
tetapi kita pernah 'bermain' bersama-sama, kan?

gerakanmu di rahim ummi amat membahagiakan
aktifmu membuatkan ummi lupa akan segala lelah,
segala loya dan pening ummi
ummi rindu kakimu menendang
ummi rindu waktu subuh
kakimu bergerak riang kejutkan ummi bangun
ummi dapat merasai geliat tangan kakimu
di pagi hari
menyebabkan ummi takut untuk bangkit dari tidur
kerana terasa 'tersekat' dengan tanganmu
sekarang, ummi jadi rindu
kerana naluri Ummi sangat kuat
Suatu perkara yang tak boleh dijual beli

ummi tidak mengeluh kehadiranmu terlalu awal atau lambat
walaupun ummi belum habiskan pengajian ummi
kerana hadirmu adalah anugerah dari Allah yang Maha Memberi
kepada sesiapa yang dia kehendaki
Sebab ummi tahu, tidak semua hamba diberi nikmat ini
ummi pekakkan telinga
tatkala ada yang cuba membuat pertikaian
tentang kehadiranmu
yang pada pandangan mereka
menyusahkan ummi atau mungkin menyusahkan mereka
ummi tidak sedikit pun menyesali keputusan Ummi
sebab cita-cita ummi bukan bergantung pada waktu dan tempoh
tetapi ummi mencari hidup yang tabi'i
dengan izin Allah juga ummi gagah menempuhi

Ummi cuma rindu
Itu sebab ummi tulis
air mata ummi turun menemani
tanpa ummi minta pun ia tetap juga mengalir laju
sebab tergoda dengan panggilan dan teriakan hati ummi
yang merinduimu.


Ummi bersyukur,
Dikau lahir secara tabi'i walaupun ummi tidak sedar
tanpa pertolongan Tuhan
Ummi mungkin tak mampu teran
walau hakikatnya bukan diri ummi yang lakukannya
semua itu pertolongan Tuhan
kerana Ummi sudah di 'ambang'

Ummi rindu ingin menyentuh lembut tubuhmu
Tetapi Allah Maha Tahu
yang Ummi tak mampu
daripada teringat susuk tubuhmu,
lebih baik Ummi terus merindu dengan cara begini

Ummi bersyukur
Abi ada di sisi sewaktu kelahiranmu
Abi yang menyempurnakanmu
saat lahirmu dan saat pergimu
Tangan Abi yang melakukan semua itu

Ummi bangga dengan kejadian kelahiranmu ini
kerana ini suatu bukti
hanya Allah yang berkuasa ke atas setiap diri
Ummi fikir, Ummi juga ikut 'pergi'
Melihat darah Ummi keluar tak henti-henti
Namun, Allah merancang begitu teliti
Sebab ummi juga sedar akan prestasi Ummi di dunia
belum cukup untuk hidu bau syurga

Khaulah Sofiyyah
anak Ummi dan Abi

Ummi bangga dikau bersemadi
di tanah yang menjadi saksi perjuangan abi
dan Ummi suatu hari nanti
insyaAllah

Dikau anak,
inspirasi buat ummi dan abi untuk teruskan hidup
melalui hari-hari
biar teriring redha dan rahmat dari Tuhan
agar kita bertemu di Syurga impian
biarpun ummi dan abi sedar
tersangat mencabar jalan untuk menujunya
semoga kami berjaya.
ameen.

Ummi dan Abi takkan berhenti merinduimu sayang..
Dengan rahmat-Nya jua, kita kan berjumpa, Ameen..

Ketika Ini


Sudah lama rasanya tak bercerita walaupun tiada sesiapa yang meminta untuk aku bercerita. Tapi hatiku mahu bercerita. Terkadang terfikir juga, andai dunia yang ku diami hari ini ku lalui tanpa blogger, facebook dan sebagainya.... Padahal manusia zaman dahulu, lagi banyak terdapat kisah-kisah menarik yang seharusnya (bukan wajib) untuk dikongsikan. Malah lebih memberi kesan kepada sesiapa yang meneliti kisahnya. huhu. Yang hairannya, kisah dahulu kala yang tanpa penggunaan mana-mana teknologi pun, tersampai ke 'telinga' kita pada hari ini. Menakjubkan persembahan dunia! huhu...Cukup di situ. Anda pulalah yang layak mengulas lebih panjang lebar.

Ketika ini, sahabat handai di KIPSAS, tempat aku mendalami tarbiyah Tuhan, tempat di mana cintaku pada bahasa Arab mekar berkembang walaupun aku bukanlah eh, belum lagi mahir dalam bidang yang ku cinta kini, sedang bertungkus lumus membuat persediaan yang terakhir bagi menghadapi peperiksaan Akhir Semester. Sahabat se'batch'ku, semoga selamat menempuhi peperiksaan akhir ini dan hanya ada satu semester lagi untuk ditempuhi sebelum menempuhi perancangan-perancangan yang seterusnya..ku bangga mengenali kalian! Aku pula?? huhu.. aku 'study' dengan caraku huhu... aku cemburu dengan mereka tetapi aku suka kepada kecemburuan ini kerana ianya sesuatu yang mencabar dan inilah pendorong aku untuk terus belajar. Cita-cita tidak pernah terpadam kerana 'kerehatan' ini. Semoga Allah mempermudah urusan kita semua. Ameen..

Ketika ini, keluarga di kampung, sedang sambut "Family Day" dengan bakar ayam.....makan ramai-ramai...jeles yang sengoti! Aku suka ketika semua berkumpul walaupun tak semua ahli keluarga ada..namun, kemesraan dalam kekecohan itulah yang membuat hubungan kekeluargaan terjalin dengan lebih erat lagi diberkati. Oh, ku rindu suara-suara mak mak saudaraku yang begitu nyaring menjerit...hihi. Tapi, itulah meriahnya apabila semua berkumpul. 

Ketika ini, aku sedang berbual dengan seorang isteri kepada teman seperjuangan suamiku, Kak Su. Menarik kisah cintanya..hihi...macam novel juga.. aku sangat teruja kisah rumahtangganya yang insyaAllah akan memasuki tahun yang ke sepuluh Mei ini insyaAllah. Sudah berusia satu dekad pasangan ini....barokallahu lakuma! Semoga Allah memberkati pernikahan beliau dan dikurniakan anak-anak yang hidup untuk berjuang di jalan Allah.. Kisah awal pelayaran perkahwinan mereka sangat mencabar..berada di pedalaman. 

dengan jalan yang tak bertar, line telefon tiada, debe-debu tanah kering berterbangan....huhu mengharungi detik-detik kelahiran anak pertamanya yang mahu keluar awal daripada tarikh jangka, 12 Mei 2003..si Balqis itu mahu menyambut ulangtahun bersama dengan ulangtahun bapanya, jam 1 pagi sudah mahu keluar! ndak sabar anak ini! banyak pengajaran yang ku dapat daripada kisah mereka. Aku, tidak lah se-mencabar kisah mereka.

" 11.5.2003.. Hadiah buat abang pany kak su bagi baby (Balqis)... Sempena hrjd  
abang pany..diorang sama harijadi.. " ~Kak Su


Setelah 9 tahun melayari bahtera, Kak Su dikurniakan 4 orang  bakal pejuang,
 (sorang lagi duk diam dalam peyut..hihi)

Ketika ini, aku juga baru sahaja bebual dengan rakan seperjuangan suamiku sewaktu di UM dulu, sama-sama di dalam PMIUM, Kak Fakhriyah...aku mula mengenalinya sewaktu mengikuti suamiku yang bertugas sebagai Hakim Tilawah Al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Mohamad Ali Ranau (SEMEKAR)..sekolah hebat tu! Cantik...atas bukit...nyaman....orangnya lemah lembut saja...bermalam di sekolah itu selama 3 hari 2 malam..


masjidnya di tengah-tengah..atas bukit ni...asrama siswi...bawah sana dekat sebelah masjid yang nampak bumbung merah tu...airnya sejuk bah!

sebelum sampai ke SEMEKAR...rehat seketika di sini xingat dah nama tempat ni...huhu nyaman bangat...
nothing but GREEN........................i like!

Kreatifnya...laluan di bangunan kelas yang menghadap masjid..

di bawah sana, padang permainan...cantik sangat!

Seorang Hakim telah membawa diri di sini hehe...

Kak Fakhriah tak kekok bercerita mengenai hal peribadinya yang sewaktu itu belum lagi bertemu jodoh. Mungkin dirasakannya, rakan seperjuangannya itu 'ada' dalam diriku..hihi. Aku hanya mampu ucapkan bahawa jodoh itu tersangat rahsia, dan memang datang dari Allah tanpa disangka-sangka hadirnya, waktunya bila dan siapa dia! 

Dan, alhamdulillah..kini sudah bertemu dengan pendamping yang setia untuknya. Tanpa disangka, suaminya itu juga seorang guru di sekolah, tenpat Kak Fakhriyah mengajar. Bercinta selepas kahwin katanya sebab sebelum ini mereka tak pernah bercakap apatah lagi nak bertemu. Diajak kahwin, terus Kak Fakhriyah terima. Hehe.. Begitulah hati perempuan yang berusaha mehukan pasangan yang terbaik, akan datang satu kekuatan dan keyakinan apabila berdepan dengan jodohnya. Tahniah kak...sekarang sudah masuk 2 bulan usia kandungannya.. ;-)

Kak Fakhriyah, Suaminya serta adiknya (kot..) di Cameron Highlands

Ketika ini, suamiku sedang berada di Kundasang...huhu tempatnya sejuk.....nyaman...indah.... beliau mengikuti satu kursus anjuran sekolah untuk semua staf dan guru. Aku tidak mahu bercerita tentang program tersebut..buang masa! Tetapi jalan-jalan di sana adalah sesuatu yang menyeronokkan! hehe...kem yang bertujuan 'membasuh minda' para guru dan staf..haishhhh... aku tahu, beliau and the geng takkan terbasuh. Pergi hanya mengikut prosedur sambil mengambil manfaat daripada perkara lain.

This picture was just received in 10 minutes ago..setelah  15 jam tidak menatap wajah ini huhu

Ketika ini, Aku di rumah...sorang-sorang ditemani lappy anggun aku ni..hihi...duk sorang-sorang bahaya juga...fikiran jadi melayang pelik kalau tak buka internet. so, bukalah al-Quran atau mana-mana buku yang boleh dibaca. sebelum masuk kolej, aku akan isi perut blog ni sampai termuntah. Untuk tatapan pada masa akan datang, 'kenangan' dalam bentuk tulisan yang kadang-kadang caca marba. Minta maaf kepada yang terasa ini semua sia-sia.. Tetapi aku sangat menghargai coretanku. tak de sape yang boleh sekat. hee..sekian, wassalam.









Friday 23 March 2012

Aku Jatuh Cinta Pada Kinabalu!

 


Duduk sorang-sorang beginilah jadinya...inilah masanya saya berblog... 

Ku tak sangka aku akan memijak bumi Sabah ini.. Tak pernah terfikir pun untuk ke sini.. Tapi sekarang, aku sudah jatuh cinta pada tempat ini!

Apabila berada di tempat orang akan terasa hidup ini hanya sebuah persinggahan..itu falsafahnya. Sebab, walau macam mana sayangnya kita terhadap tempat baru, kita akan rindu akan tempat asal dan perasaan ingin kembali ke tempat asal itu akan sentiasa wujud. Sebab, di tempat asal itulah adanya saudara kita yang paling dekat pertalian darahnya dengan kita. Sahabat handai dan rakan taulan yang kita kenal juga berbeza dari sudut tertentu dek kerana kita mngenali mereka di tempat tumpah darah kita. 

Di sini jugalah suamiku dicampakkan untuk menjadi salah seorang tenaga penggerak untuk memakmurkan bumi Sabah ini yang terkenal  terkenal ke? rasanya jarang terheboh dalam media... dengan MISKIN dari pelbagai sudut miskin. Terutama sekali, miskin tarbiyyah islami. Di sini, ramai yang Islam, percaya adanya Allah tetapi tidak pula tahu agama yang diredhai Allah itu menyeru kita untuk berbuat apa.. ya, sebenarnya seluruh tempat pun begitu, tidak boleh hanya mngatakan di bumi Sabah ini sahaja. Jam 6 petang, waktu maghrib di sini, semua gerai-gerai akan ditutup dan syif malamnya pula pusat-pusat hiburan terbuka bermaharajalela. 

Sepanjang aku berjalan di sekitar Papar-Kota Kinabalu, memang banyak terdapat gereja. Dahulu, pernah aku diceritakan keadaan di Sabah ini bahawa "pergi je ke mana-mana akan nampak gereja. Sangat susah nak cari masjid!" Memang, sangat banyak gereja di sini, hatta di atas bukit pun disediakan  gereja. Tapi, bagiku, tak begitu susah mencari masjid sekitar kawasan ini. Mungkin di kawasan lain ada. Ya, pasti. Kerana, kawasan yang 'tegar' itu belum diteroka. Akan ada sentiasa pendakyah yang gigih berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Sabah ini yang sedia lemah. Kesian, jika tidak ada yang berperanan, maka makin lemahlah umat Islam. Makin suram iman di negeri Sabah ini..

Setahu aku, ramai juga ustaz/ah dihantar ke bumi Sabah ini. Hanya aktif di sekolah sahaja kebanyakannya. Yang aktif luar-dalam pula, sangat luar biasa pula aktifnya. Ada yang bertanya suamiku, "Tidak memohon untuk tukar mengajar di semenanjung?" Memang ada memohon namun tidak meletakkan harapan yang tinggi, malah nak letak tahap sederhana berharap pun tak mahu. sebab, guru-guru agama sangat kurang di negeri Sabah. Atas dasar kekurangan tenaga pengajar, guru-guru agama di sini menjadi mangsa. Itu bab tak boleh pulang mengajar di kampung, akan jadi mangsa.

Bab lainnya. Apabila mula berjuang di sini, terasa sangat sayang meninggalkan tempat di mana perahan idea dan kerahan tenaga mengalir-ngalir tercurah untuk masyarakat di sini. Ramai golongan pengajar yang terdiri daripada guru dan pensyarah, adalah orang-orang yang 'terbuang'. Ada di antara mereka yang dibuang ke sini kerana bersikap 'kurang ajar' kepada salah sebuah institusi pengajian di semenanjung. Barangkali mereka takut jika menyimpan 'orang kuat dan berani' ini berada di tempat mereka dan akan menjejaskan nama baik mereka dan institusi. 

Ada juga ustaz yang aktif luar-dalam ini yang dihambat balik ke semenanjung lantaran suatu teguran yang membina yang mungkin dirasakan atas nama parti/politik. Apabila ketakutan menyelubungi, prasangka-prasangka buruk mula bermain-main di hati sang pengecut dan ketika itu, walaupun kebenaran yang disuarakan, akan dilihatnya semua itu adalah atas nama parti semata-mata. Siapa sebenarnya yang melihat teguran dan nasihat atas nama parti ni?

Begitulah hidup orang yang berjuang di negeri bawah bayu ini. Negeri yang nyaman lagi indah namun dicemari dengan debu-debu thaghut lagi melampaui batas. Tidak layak mereka mendiami bumi yang bayu suasananya, yang redup memayungi. Ada juga suamiku ceritakan setelah sekian lama seorang ustaz itu mengajar di Sabah dan sangat aktif luar-dalam, tiba-tiba ditukarkan ke Johor. Orang hebat tu. Menangis dia sebab terpaksa meninggalkan bumi Sabah, yang sudah sebati dengannya. Ya, sesiapa yang pernah berpenat lelah di bumi ini akan memahami betapa 'sayang'nya dan betapa tak patut mereka meninggalkan Sabah. tetapi, perancangan Allah lah yang mengatasi perancangan manusia.

Malam kelmarin, zauji membawaku keSurau Riyadhusolihin Taman Austral . Oh, pengisian yang bermakna untuk kami hayati, fahami dan ertikan sebaiknya dalam bentuk tindakan. Si penyampai juga 'insan terbuang' yang merupakan bekas pensyarah di IPTA semenanjung yang ditukar ke Sabah. Saya ingat lagi nadanya mengatakan "hanya orang yang yakin tak takut mati! macam Sayyid Qutb tu...". Melihat raut wajah tuanya walaupun semangat cintakan Islam itu sentiasa muda berapi, terdapat pelbagai pengalaman yang sungguh akan membawa manfaat besar kepada sesiapa yang ingin mencedok daripada kantung pengalaman yang tersimpan kemas dalam sanubarinya yang juga sebagai pembakar dan penjana kepada beliau untuk meneruskan perjuangan sampai waktu yang ditentukan Tuhan.

Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana saja. Aku tetap berjuang demi Islam. - Saad bin Abi Waqqas-

Tugas orang yang nak mengajak masyarakat kepada Islam ini selalu disalahertikan. 'si penghalang' pula bertungkus-lumus mencari maklumat atas arahan pihak tetentu dan demi kepentingan tertentu. Tugas mereka ini sangat melelahkan...menyekat, menyekat dan menyekat. Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka  yang dibuang dan dicampakkan sesuka hati itu akan memberi manfaat pula di tempat baru. Sebaik dan serapi mana pun perancangan dan idea mereka, Allah sentiasa menyebelahi hamba-Nya yang benar.  

Ada juga pihak yang memujuk suamiku supaya memilih berjuang di tempat sendiri. ya, benar. Tetapi menyedari sudah ramai yang mampu mewujudkan biah islami (InsyaAllah) walaupun tidak lah sampai tahap sempurna kerana di sana terdedah dengan pelbagai bentuk majlis-majlis ilmu dan terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk mendekatkan masyarakat kepada Islam. [ini bukan hujah suamiku ya..tentang kenapa tidak memilih tempat sendiri, ada hujah dan sudut pandangnya sendiri. lain kali ku ceritakan jika aku mahu, insyaAllah]. Tetapi di sini? Kesian keadaannya, haruman agama itu tidak tersebar, bercampur lagi dengan pegangan dan pelbagai kepercayaan karut. Tidak salah ku katakan bahawa Islam itu sebagai pelengkap di kad warganegara semata, tiada penghayatan dan tiada kebanggan beragama Islam. Andai tidak ada orang yang aktif luar-dalam, siapa pula yang mahu diharapkan?

Oleh kerana ada hal-hal tertentu yang menyebabkan sebahagian daripada "Kita" perlu berada di sini. Sangat dhoif. Sebabnya, bukan semua yang mahu turun padang dan tak kurang juga yang hanya pandai bercakap menunjuk-nunjuk pengalaman yang ada dan apabila diberi tugas, ada pula alasan itu dan ini. barangkali dia terlalu sibuk. Kita ini tidak bekerja agaknya..aduhai..

Semakin lama semakin aku jatuh cinta padamu! tambahan pula, sebahagian daripada diriku sudah bersemadi kukuh di bumi ini. Di bumi bayu....  


Thursday 15 March 2012

Rasya Al Adlouni


img_6862

Assalamualaikum,
Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.
img_6832

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.


Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan televisyen dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.
Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: “Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).”
3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: “Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali.”
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: “Hai kamu masih hidup ya?”
Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama’ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahawa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana “stress” atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.
Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamat pun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.
Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.


http://fauzanibrahim.wordpress.com  

Wednesday 14 March 2012

Tentang Bahasa Arab : Pendapat Ulama'





Ibni Qayyim Al-Jauziah rahimahullah berkata: 
“Sesungguhnya kelebihan Quran akan diketahui oleh seseorang yang tahu bercakap Arab, tatabahasa, nahu, ilmu sastera, dan membaca syair-syair Arab, khutbah-khutbahnya, rencana-rencananya…….” Rujukan: Kitab Ulum Quran: Al-Fawaid, ms: 7
Pendapat dan kata-kata Ibni Taimiah :
1 “Golongan Salaf mereka tidak suka menukarkan syiar (simbol) bangsa Arab sehingga dalam urusan jual-beli iaitu bercakap dengan bahasa bukan Bahasa Arab melainkan jika perlu.  Sebagaimana telah dinyatakn oleh Imam Malik, Imam Syafei, dan Imam Ahmad.  Imam Malik berkata: (Barangsiapa bercakap dimasjid kami bukan dengan Bahasa Arab, sila keluar darinya).  Meskipun harus bercakap dengan semua bahasa tetapi golongan salaf  mereka tidak menggunakannya bahasa lain kecuali jika perlu dan mereka tetap menggunakan Bahasa Arab semata-mata untuk menjaga syiar Islam.” Rujukan: Kitab Al-Fatawa: 32/255
2 “Ketahuilah membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Arab memberi kesan yang kuat dan jelas kepada pemikiran, tingkahlaku dan agama seseorang, ia juga memberi kesan dalam mengikut umat awal Islam dari kalangan sahabat dan tabiin yang juga akan menambahkan kekuatan pemikiran, agama dam akhlak.  Sesungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian dari agama Islam, mengetahuinya adalah wajib.  Ini kerana memahami Quran dan Hadith itu wajib dan seseorang tidak akan memahami keduanya melainkan dengan Bahasa Arab.  Sesuatu yang tidak sempurna kewajipan kecuali dengannya, jadi ia juga adalah wajib.”  Rujukan: Kitab Iqtidha’ Sirotalmuastaqim 207
3 “Jelas diketahui hukum mempelajari Bahasa Arab dan mengajarnya adalah fardhu kifayah.  Golongan salaf mereka melatih anak-anak mereka bertutur Arab dan kita diperintah samada secara wajib atau sunat menjaga tatabahasa Arab dan membetulkan sebutan yang tidak tepat yang akan dengan sendirinya akan mengajar kita cara memahami Quran dan Hadith dan mengikut bangsa Arab dalam meyampaikan khutbah.  Jika orang ramai membiarkan sebutan yang tidak betul, ia adalah satu kekurangan dan keaiban.” Rujukan:Kitab Al-Fatawa, ms:32/252
4 “Tafsir Quran dan Hadith mestilah seseorang yang mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Allah ta’ala dan Rasulullah sallahualaihiwasallam tentang sebutan-sebutan dan bagaimana memahami perkataanya.  Oleh itu megetahui Bahasa Arab yang ditujukan kepada kita antara yang membantu kita memahami kehendak Allah dan Rasul dalam Quran dan Hadith.  Begitu juga mengetahui makna-makna setiap perkataan kerana sesungguhnya secara umum mereka yang sesat/bidah kerana tidak menguasai yang tersebut dan mereka menafsirkan Quran dan Hadith mengikut dakwaan apa yang mereka faham sedangkan makna sebenar adalah sebaliknya.”   Rujukan: Kitab Iman, ms: 111
5 “Sesungguhnya bercakap Arab adalah syiar Islam dan penganutnya, bahasa adalah seagung-agung syiar bagi umat yang akan membezakannya dengan yang lain.” Rujukan: Kitab Iqtidha’ Sirotalmuastaqim ms: 203
Imam Syafei rahimahullah ada menyebut:  
“Seseorang hendaklah melakukan tuntutan yang akan mengugurkan tuntutan umum(fardhu kifayah) dalam sesuatu yang diperlukan oleh mereka iaitu bersunguh-sungguh mempelajari Bahasa Arab dan ilmu-ilmunya yang dengannya akan mengetahui dengan sempurnanya apa yang terkandung dalam Quran, Hadith, Athar, pendapat-pendapat ahli tafsir dari kalangan sahabat dan tabiin, mengetahui makna perkataan-perkataan yang pelik, surat-surat.”   Rujukan: Kitab Tahzib Al-Lughah- Al-Azhariy, 5/1)

Wednesday 7 March 2012

Sepetang di IKBN Kinarut

Asalnya, saya harus bertemu adik-adik muslimat di IKBN ini hari itu. Ya, temujanji kami. Namun, ada gotong-royong menyebabkan ramai yang tak dapat hadir. Tapi, hari itu, saya pergi juga. Saya mudah masuk ke IPT berkenaan...sebab 'lesen'nya ialah "isteri Ustaz Mat Razali"..huhu. Pada setiap Selasa malam, kuliah Ustaz Mat Razali lah yang bergema di surau IKBN Kinarut. Best...tentang sirah Nabi SAW tetapi dengan cara beliau. Bukan gaya ceramah yang "tolong baca kitab kat jemaah" yang agak membosankan dan kurang penghayatan. Kadang-kadang ada juga kisah-kisah yang tak pernah saya dengar dan dalam kuliahnya, dikaitkan terus dengan isu-isu semasa tetapi insyaAllah main-point tu dapat dihayati.

Saya fikir saya tak jadi pergi ke sana petang itu. Salah seorang adik saya, Ain meminta saya datang. Ada perkara yang ingin dibincang dan diluah. Exco Kerohanian bagi muslimat itu sangat 'unik' bagi saya. Ya, kebiasaan mana-mana IPT, jika Exco Kerohanian adalah mungkin yang bertudung labuh dan paling kurang pernah bersekolah di sekolah agama. Tetapi dia tidak. Itulah 'unik' yang pertama.

Mungkin dengan jawatan yang disandangnya menyebabkan potensi dirinya yang tersembunyi dinampakkan oleh Tuhan. Hanya Allah berkuasa menzahirkan segala kebaikan yang tersembunyi di dalam setiap diri hamba sebagai pengajaran kepada hamba-hamba-Nya yang lain. Saya banyak termuhasabah sepanjang mengenalinya. 

Oh, lupa! Saya membawa seseorang ke sana sebagai peneman..hehe cuba teka.... saya bawa Aisyah sekali! huhu....berjurus anak itu...diam-diam sahaja.....

Aisyah duk diam ya....aunty ada kerja....huhu



ok, sambung alkisah...

Keadaan di sana telah mengajar saya. Perkaitan tentang  dakwah dan orang yang berdakwah. Jika diperhatikan 'latar masyarakat' pelajarnya, memang sangat ketandusan tarbiyah islami. Yang menghidupkan surau hanya beberapa orang. Itupun, bekas pelajar sekolah agama. Pelajar lelaki yang ramai di sana kerana kursus kemahiran kan...

Jadi, adik saya yang ini bagi saya sangat cekal dan berani. Ya, inilah yang saya belajar. Cuba bayangkan saya yang bertudung labuh ke sana....dalam keadaan 'masyarakat'nya yang .... Allah...seolah-olah selama ini badan kerohanian yang langsung tidak berjalan. Mungkin terlihat yang saya cuba memburuk-burukkan IPT ini. Tenang.. IPT itu tak pernah buruk sebab itulah tempat untuk dapatkan ilmu. Namun, kita perlu menerima hakikat realiti manusia kini.

Orang yang nak membawa rakan-rakannya yang lain, yang cuba memperingati rakan-rakan dalam masa yang sama memperingatkan diri sendiri, yang berusaha menyampoaikan seruan kebaiakan dalam keadaan 'sedar diri' bahawa dia juga belum cukup belajar untuk mengajak orang lain. Kita lihat bagaimana 'pendekatan' yang dicipta Allah SWT untuk memakmurkan bumi-Nya...bukan dengan menghantar manusia-manusia yang bertudung labuh ke sana. Mungkin kalau itu keadaannya...jika difikirkan logik akal kita, psikologi rakan-rakan yang mahu dididik ini apa ya? "Dia tu wara'..." , "kita ni sape..dia tu sape..." , ... Jika anda mengenali keadaan pelajarnya, anda akan memahami hikmah Allah yang tidak 'menghantar' si bertudung labuh untuk menyeru mereka. Ya, saya doakan adik-adik saya itu nanti akan lebih sempurna berpakaian. InsyaAllah. Ameen.

Bagi saya, tugas Ain amat mencabar. Dan mungkin saya tak mampu berada di tempatnya. Hanya mampu menolak Ain dari belakang. Berapa kali dia 'diserang' senior gara-gara ada terbit dari kata-kata Ain yang membuatkan mereka tak senang hati. Ain berani. Mungkin ada yang berpendapat lebih baik diam sahaja. Ain suka berbahas..lebih kepada menerangkan. Tetapi seperti biasa, pentingnya kita mengenali watak yang suka berhujah mengikut kehendak nafsu akan sentiasa mahu menang. Mungkin Ain lebih tahu dan mengerti suasananya dan membalas dengan yang sesuai. 

Dia rasa bersalah sebab sampai hari ini dirasakannya tak pernah lakukan apa-apa. Jadi, saya cuba memujuknya (juga memujuk diri sendiri)  mengikut cara pandang dan kefahaman saya. Dan dia ada banyak idea untuk dijalankan selepas cuti nanti insyaAllah. Saya katakan kepadanya maghrib tadi "Dua orang ini datang menyerang Ain, jatuhkan semangat Ain tapi lagi ramai yang akan terus menyokong Ain di belakang..mungkin nak ganti tempat Ain pun belum tentu yang menyokong Ain tu sanggup.."

Dia tak berhenti bercerita apa yang berlaku sejak dia cuba mulakan langkah di sana. Saya kasihan, dirinya meronta-ronta minta ditarbiyah dalam keadaan dia bertubi-tubi diserang dan perlu mengumpulkan kekuatan yang maksimum. Rahsia Allah mencaturkan pertemuan...yang baru atau dah lama. Ada hikmah yang tersimpan dan akan tersingkap bagi yang mahu memerhati.

Ya, petang itu Aisyah diam sahaja.. anak solehah..memahami aunty nya...



Kami cuba membantu mereka setakat yang terdaya. Jauh dengan cara jauh..dekat dengan cara dekat. Jika diikut jangkaan kelahiran arwah anak saya...ya, sekitar tarikh-tarikh ini.. Kalau saya berpantang time ini...dan mungkin saya tidak di Sabah waktu ini. Tetapi Allah mentakdirkan pertemuan saya dengan Ain. Dia belajar dengan saya dan saya juga belajar dari dia. Saya dikurniakan pelbagai nikmat iaitu, anak (walaupun rezeki untuk membesarkannya tiada) tetapi bagi saya, itu adalah rezeki sebab Allah menyediakan untuk anak kami, jalan pintas. Selain itu, pertemuan saya dengan Ain. Nanti saya sentuh bab ini pada entri berikutnya. hehe..

Saya kagum dengan Ain. Semoga dia dan adik-adik saya yang lain bersatu hati untuk sama-sama berusaha menyebarkan kebaikan di bumi IKBN Kinarut. Ya, macam Ain kata, "Jika sebelum ini tidak pernah ada program atau aktiviti Islamik, sekarang dah ada!" berikutan ada senior yang mengkritik tentang 'perubahan' yang sedang merangkak memulakan agenda besarnya. 

Antara IKBN yang aktif...IKBN Kinarut..insyaAllah semoga tarbiyah juga aktif nanti ameen...

penat menunggu aunty ye....hihi tertidur sudah....
bekalan untuk peneman setia saya....huhu

bangun sudah...bersama pengasuh baru hihi..dah, jom balik!!

Terima kasih Aisyah yang tak banyak ragam menemani aunty meeting  ya... semoga besar nanti jadi insan yang berjasa kepada umat ya sayang..k, jom balik dah siap dah!!


ta ta cemuwe....acah dh nk bayik yumah.....heee....


Insan - Hamza Namira



Assalamua'alaikum...Selamat Hari Jumaat! Sayyidul Ayyam.... Hari ini tergerak hati nak buka radio IKIM awal-awal pagi. Dan mendengar khabar yang DJ Razak sudah meninggal dunia. Inna lillahi wa inna lillahi rooji'uun. Semoga tabah dan kekuatan itu mengalir ke seluruh relung jiwa dan raga keluarga arwah terutama isteri beliau dan anak-anak. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aminn. 

Dan, ini kali pertama saya mendengar lagu ini, sekali dengar, sudah tertarik dan ingin tahu apa tajuk lagunya...saya cuma agak-agak.... penyanyi ini menyebut INSAN berulang-ulang kali...barangkali 'Insan' dan saya terus buka You Tube. Nah...ada!! hehe..

Saya belum lagi menghayati lirik lagu ini...lepas terbitkan catatan ini, insyaAllah saya akan fahamkan..saja nak 'surprise'kan diri huhu...

Yang yakinnya, lagu di IKIM.fm, mesti ada mesej ... ;-)

ياما نفسي أعيش انسان قلبه على كفه
Oh how I wish to live like a human being who carries his heart in his hand

كل اللي بردانين ف كفوفه يتدفوا
All those feeling cold would find warmth in the palms of his hands

يضحك يضحّك خلق الله
When he laughs all of God’s creation laughs

يفرح يفرّح كله معاه
When he’s happy he makes everyone else happy

إنسان جواك وجوايا
A human being inside you and me

إنسان له حلم له غاية
A human being who has a dream and an aim

اللي معاه على طول مش ليه
He’s always giving away everything he has

ولا حتى روحه ملك إيديه
And he doesn’t even own his own spirit

جواه في قلبه ونن عينيه
Inside his heart and in the depths of his eyes

شايل أمل وشروق وحياة
He carries hope, sunrise and life

إنسان بيحب ولا يكره
A human being who loves and never hates

إنسان شايل أمل بكره
A human being who has hope for a better tomorrow

بيبان في الشدة ويطمّن
He appears in the midst of hardship and reassures others

ولا خان ولا عمره هيخوّن
Never has he betrayed nor will he ever accuse anyone of treason

كلمات: حازم ويفي
لحن: حمزة نمرة

Ini video klip nya....