Pernah dengar namanya? Cantik kan? hehe.. Agak-agak siapa ya?
Inilah wanita yang didik langsung dari Ummahatul Mukminin, Aisyah r.a. Guru Aisyah binti Talhah atau lebih dekat lagi anak saudara isteri Rasulullah..ya, ibunda Aisyah r.a dan juga anak saudara Asma' bin Abu Bakar.
Wanita hebat ini datang dari keturunan yang hebat tentunya. Siapa?? Beliau adalah cucu kepada Abu Bakr As-Siddiq. Wah....dah nampak talian keluarga itu? Aisyah r.a dan Abu Bakar r.a....
Ayahnya :
Talhah Bin Ubaidillah At-Taimiy Al-Qurasyi. Siapa pula Talhah ini? Adakah orang biasa-biasa? Huhu... beliau adalah salah seorang daripada sepulu sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga.
Beliau adalah termasuk dalam lapan orang pertama yang memeluk Islam.
Antara sahabat terbaik dan paling dermawan sehingga diberi gelaran oleh Rasulullah SAW sebagai "Dermawan" , " Pecinta Kebajikan" , "Pelimpah Kebajikan" dan kadang-kadang "Rupawan yang fasih" (Mesti hensem bangat nii!)
Ibunya :
Ummu Kulthum Binti Abu Bakr As-Siddiq. Seorang wanita tabi'in yang sangat mulia. Lahir daripada isteri Abu Bakar yang bernama Habibah Binti Kharijah dari keturunan Ansar. Ummu Kulthum lahir tanpa sempat melihat Abu Bakar As-Siddiq kerana telah meninggal dunia pada waktu beliau lahir.
Suaminya :
Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Bakar r.a. Sepupunya. Aisyah r.a mengusulkannya.
Anak-anaknya :
Imran, Abdurrahman, Abu Bakar, Talhah (yang sangat terkenal dengan sifat dermawannya) dan Nafisah.
Apa yang istimewa dan hebatnya Aisyah Binti Talhah, anak didik Aisyah r.a ini?
Beliau dikurniakn raut wajah yang sangat jelita. Tentang kejelitaannya, pernah diakui oleh Abu Hurairah r.a "Aku belum pernah melihat orang yang lebih rupawan dari Aisyah binti Talhah, kecuali seorang iaitu Mu'awiyah" semasa beliau berada di atas mimbar Rasulullah SAW.
Bayangkan anda berdepan dan dididik sendiri oleh Aisyah, isteri Rasulullah SAW???? Aduhai....baru jumpa Kak Fatimah Syarha, Ustazah Norhafizah Musa, Senator Mumtaz ...kalau jauh sket...Zainab Ghazali, Dr Maryam Soleh, dah rasa kagum dan bertuah apatah lagi Aisyah r.a!
Aisyah banyak mendapat ilmu daripada mak saudaranya itu. Tak hairanlah Aisyah dikatakan mirip mak ciknya. Banyak sekali hadis yang diriwayatkan dari beliau.
Sangat sedikit kita temui wanita yang memiliki harta yang melimpah dan ru paras yang cantik, namun masih mahu memberikan perhatian yang besar pada sisi keilmuan dan wawasan.
Selain banyak ilmu pengetahuan, beliau juga seorang yang cerdas dan berani mengatakan kebenaran. Beliau pernah mendatangi Khalifah Hisyam bin Abdul Malik di Damaskus.
Kemudian, antara yang meriwayat pula hadis daripada beliau ialah
Talhah dan Abdullah, anak-anaknya sendiri,
Talhah bin Yahya, anak saudaranya
Mu'awiyah bin Ishaq, anak saudara
Al-Minhal bin Amr
Fudhail bin Amr Al-Faqimy
Hubaib bin Abi 'Amrah
'Atha' bin Abi Rabah
Umar bin Said dll.
Pandangan Ulama mengenainya
Seorang yang sangat tinggi ilmunya, kehormatannya serta kejujurannya. (orang-orang yang mengetahui dan memahami ilmu riwayat hadis tentu akan memujinya)
Yahya bin Mu'in, seorang imam ulama hadis menilai bahawa hadis-hadis beliau dapat diterima dan dijadikan sebagai sandaran hukum (tsiqah). Beliau berkata "Di antara wanita-wanita yang tsiqah adalah Aisyah binti Talhah. Beliau tsiqah dan hadis-hadisnya adalah hujah untuk hukum."
Abu Zur'ah Ad-Dimasyqi juga turut memuji dan menyebitkan keutamaan beliau, "Aisyah binti Talhah adalah seorang wanita yang mulia, beliau meriwayatkan hadis-hadis dari ibunda Aisyah. Ramai sekali ulama yang menyebut keutamaan dan budi pekerti beliau."
Al-'Ajali : Aisyah binti Talhah adalah seorang wanita tabi'in, dari Madinah dan hadis-hadis yang beliau riwayatkan dapat diterima dan dijadikan sebagai dalil"
Ibnu Hibban juga ada menyebut nama dan memuji Aisyah binti Talhah di dalam kitabnya Ats-Tsiqat.
Ibnu Katsir (Wah...ibnu Katsir!), dalam kitab Al-Bidayah wan-Nihayah juga menukil syeikhnya, Al-Mizi, "Tidak ada wanita yang ilmunya melebihi para murid ibunda Aisyah r.a. Di antara mereka ialah 'Amrah binti Abdurrahman, Hafsah binti Sirin dan Aisyah binti Talhah."
Karamah Aisyah binti Talhah
beliau termasuk orang yang sangat banyak berzikir kepada Allah SWT. Setiap waktu, lisannya tidak pernah terlepas dari bertasbih. Jiwanya pun menjadi bersih dan jernih, sehingga kemudian beliau terpilih untuk melaksanakan tugas yang beliau ketahui dari mimpinya.
Aisyah binti Talhah termasuk di kalangan wanita-wanita terkenal pada zamannya, baik dalam hal kecantukan, sastera, kehormatan, mahupun ilmu beliau.
Wafat pada 101 Hijrah.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada Aisyah binti Talhah. Amin.
Rujukan : 30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in, Ahmad Khalil Juma'ah
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete