Assalamualaikum wr wb...
Alhamdulillah hari ini saya betul-betul dapat meluangkan masa untuk men'jangok'kan blog saya setelah 3 kali blog bertukar! Credit to Mek Num. Sambil-sambil mendengar ceramah kat YouTube, semangat pula meng'up-date' blog...huhu
Bermula tahun 2009, saya mula belajar buat blog. Tapi, setakat belajar sebab masa tu masih M***S nak menulis. Tajuknya "Inspirasi Dahsyat". Tahun 2010 Bertukar lagi dengan tajuk lain "Inspirasi Srikandi". Dan akhirnya insyaAllah inilah blog yang terakhir dan akan sentiasa dimutakhirkan. InsyaAllah.
Saya tak berani tulis sesuatu andai saya tak pasti kesahihannya kalau berkenaan hadith. Kalau diikutkan, menyebarkan hadith maudhu' (palsu), dikira satu jenayah. Pernah diterangkan oleh DR.MAZA di dalam ceramahnya. Sebab, saya bukan pelajar yang belajar bidang hadith. Sebenarnya, saya memang tak suka ayat begitu. Sebab ilmu hadith bukan dipelajari atas sebab ada bakat atau tidak, ada minat atau tidak, ada dorongan tertentu atau tidak tapi ilmu-ilmu itu kena usahakan juga untuk dipelajari. Walau sedikit. Kena ambil tahu.
Sangat banyak terdapat di blog-blog nasihat dan pengajaran yang sangat bagus disampaikan namun yang silapnya, disertakan hadith yang tak pasti statusnya. Saya tak mahu nyatakan lebih-lebih di sini tentang hadith sebab saya baru nak belajar. Berbeza dengan blog suami, insyaAllah skema sentiasa hehe. Sangat Ilmiah. Blog ini cuma pengalaman yang kadang-kadang entah apa-apa. Tapi, insyaAllah, untuk diri sendiri, ada manfaatnya, besar atau kecil. Saya suka mencoret pengalaman. emm.
Perkataan SYAHADAH sangat menarik bagi saya. InsyaAllah MISI di sebalik apa yang diperkatakan, dihajatkan, yang menjadi azam ini, berbuah mekar membahagiakan. Semoga perjalanan coretan di blog ini sedikit sebanyak mendidik diri sendiri dan kepada sesiapa jua yang sudi mendidik diri sendiri. Ada sesuatu yang ingin disampaikan akan datang. InsyaAllah. Kerana MISI belum terlaksana. Dan penulisan ini sebagai pemangkinnya.
Semoga Allah menuntun ku dan memimpin ku setiap waktu. Kerana, aku tak mahu tersasar tujuan. Sejarah banyak kali membuktikan apabila tersasar tujuan perjuangan, seorang yang hebat dahulu di mata agama boleh jatuh HINA. Na'uzhubillah.... Allahu akbar.
Sejarah itu jujur mempersembahkan setiap pengalaman yang dilalui oleh orang-orang yang benar jalannya dan tujuannya begitulah juga sebaliknya. Belajar daripada pengalaman. Belajar daripada sejarah.
Saya harus lebih serius. Sebab manusia itu akan selalu bermain dengan masa. Dengan blog yang berwajah baru, semangat juga baru rasanya. Jika spirit anda hilang, cuba menukar template blog..insyaAllah membantu.
;-)
No comments:
Post a Comment