RSS

Thursday, 26 January 2012

Apa yang kau dapat, sebab kau telah lulus ujian Tuhan.. Bertakbirlah!



Assalamualaikum wrb..

Hari ini akhirnya baru tergerak hati ini untuk mencatat apa yang pernah aku perhatikan dan belajar sebelum ini. Setuju atau tidak, berdasarkan logik akal ini, aku perhatikan bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah 'hadiah' daripada ujian-ujian yang telah dilalui. Mungkin terasa biasa agaknya apa yang ingin ku sampaikan di sini. ok. Sebelum ini kita sentiasa bercakap tentang orang-orang yang dilanda ujian justeru menasihatkan mereka agar bersabar dan mengatakan bahawa.. "ada hikmah di sebalik ujian ini".

Apa yang saya belajar ialah, bukannya setiap manusia itu senang-senang memperoleh sesuatu nikmat Tuhan...Allah Maha Pengasih, dengan sifat-Nya itulah Allah menguji dahulu hamaba-Nya yang terpilih sebelum diberi nikmat. Tak kisah lah, nikmat apa pun...makan, pakai, rumah, wang, nikah, anak dan sebagainya. Kadang-kadang, selagi kita tak lulus dengan ujian yang Allah beri, selagi itu kita tak mampu nak peroleh nikmat Tuhan. Itulah didikan Tuhan kepada hamba-Nya yang sedar. 

Hari ini, kita melihat orang lain bergembira dengan nikmat yang diperoleh. Janganlah kita cemburu. Cemburu yang terbit itu lumrah la kan..kaluau langsung takde rasa tu, mungkin kita tak tahu pula nak fikir untuk kawal cemburu kan..astaghfirullah..

Bila kita kenali orang secara dalam-dalam...kita akan terfikir,..dia layak menerima semua ini sebab setakat yang aku kenal dan tahu, sebelum ini, dia pernah diuji dengan ujian yang entah aku sanggup hadapi entah tidak. Hanya dia yang rasai dan harungi. Tentunya dengan sabar dan redha dan tinggi tawakkalnya. Allahu akbar! Hebatnya dia! Kegembiraan yang dikecapi hari ini adalah balasan untuk mereka yang berjuang dalam kepahitan dulu. Engkau yang melihat jangan mudah cemburu..selami silamnya, itu 'hadiah' untuknya. tentunya Engkau belum berjaya mengharungi ujian yang kini berdepan denganmu! Sabar dan teruskan mujahadahmu itu.

Dengan itu, kau akan rasa betapa adilnya Allah dan yang zalim itu adalah diri sendiri. Sebabnya, kita insan terpilih, dicampakkan kesedaran ini. Allahu akbar!

Dan bila semuanya berlaku di depan mata kita, terbukti kan Surah Al-Insyirah?? 


Ayat 1 - 8 


1. Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? 


2. Dan kami pun telah menurunkan beban darimu


3. Yang memberatkan punggungmu


4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu.


5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan adanya kemudahan.


6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.


7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)


8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


    Hebatnya setiap percaturan-Mu, Allahu akbar!

    No comments:

    Post a Comment