RSS

Friday, 17 February 2012

Kehormatan Di Balik Kerudung : Ulasanku..huhu


Dalam cerita ini, ada 3 watak utama iaitu :

1. Ifand    
2. Sofea
3. Syahdu

1. Ifand

Saya sangat suka bicaranya bak kata Syahdu dalam cerita ini, kata-katanya santun dan menggembirakan hati yang duka, ... Namun yang saya tak suka adalah, dia terlalu berani untuk bertemu dengan Syahdu, seorang wanita walhal Ifand dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. Seharusnya Ifand tidak memberi harapan kepada sesiapa walaupun untuk dirinya sendiri. Apatah lagi jika wanita itu bukan miliknya yang sah. Kesilapan Ifand adalah satu teguran yang sangat besar dan perlu diberi perhatian oleh semua lelaki yang beriman. Bahawa, hati wanita itu mudah tersentuh dengan kata-kata berbunga dan mimik muka yang tercipta secara sengaja atau tidak oleh mana-mana lelaki. Walaupun, tidak berniat langsung untuk bercinta ataupun hanya berkawan, tetapi panahan nafsu yang dicipta syaitan itu sentiasa diasah. Akan dicalarnya juga dosa kepada catatan amalan walau sedikit. Akan dijerumusnya juga kita kepada  keadaan yang sia-sia dan tanpa motif. Mereka tak pernah kalah, pasti ada juga 'zina'nya walaupun tidak sampai kepada zina besar. Allahu akbar.

Fasa 'tak suka' saya itu adalah pada permulaan cerita sahaja. SAHAJA?? hehe sebenarnya, bagi saya, Ifand telah tersilap langkah sehingga selepas itu, banyak kedukaan akan menimpa insan-insan lain terutama wanita. Namun, (jika cerita filem ini dari kisah benar), saya akan katakan, "Allah sengaja membiarkan manusia yang dipilih-Nya berada di dalam kesilapan untuk tempoh yang tertentu disebabkan perancangan Allah itu terlalu bijak, sempuirna dan Maha Kemas susunan-Nya. Natijah daripada kesilapan itu, Allah ingin memperlihatkan kita apa yang benar dan apa yang salah, siapa yang benar dan siapa yang salah dan daripada permulaan cerita yang tersilap langkah itu hingga bagaimana kedukaan itu berakhir, kita akan melihat betapa agungnya Allah melerai segalanya dengan cara yang paling baik, tak terjangka pada akal manusia. Di situ, terbukti Allah Maha Adil menghakimi."

Ifand kelebihannya ialah dia akan mencintai isterinya sepenuh hati dan seorang yang sangat bertanggungjawab. Semasa terbaring sakit selalu menyebut-nyebut nama isterinya walaupun ada wanita lain di hatinya dahulu sebelum dia menikah.

2. Syahdu :

Saya sangat kasihan akan watak ini. Ada banyak sebabnya. Menyelami hati wanitanya, saya boleh menangis sendirian dan apabila dilihat pada keadaannya yang kurang berpengetahuan tentang agama, sangat-sangat kasihan... aduhai...Allah berhak memilih hambanya untuk belajar agama sehingga mngenali apa itu redha, harga diri, prinsip dan pendirian sebagai muslimah dan perjuangan hidup manusia yang sebenar.. Kasihan..sangat kasihan. Semoga kita bersungguh dalam beragama, nescaya hati bahagia menerima segalanya. Sememangnya sukar praktikalnya namun tak mustahil. Semua itu hanya mampu diamal oleh makhluk bernama manusia.

Seperti wanita yang lain amat mendambakan seseorang untuk mengasihi dirinya, membuai-buai jiwanya dengan kata-kata yang indah dan istimewa, nasihat-nasihat yang mampu menukarkan duka dan kelam jiwanya kepada bahagia dan jiwa yang penuh dengan harapan. Mendambakan seorang lelaki yang baik, beriman dan sentiasa membuat hatinya senang dan bahagia.. Disebabkan kurang menerima didikan agama, hati wanitanya mudah tergoda kepada kata-kata lelaki yang memujuknya pada saat dia sedang rawan. Andai dia punya prinsip, Allah lah 'kaunselor'nya yang terbaik ketika itu. Belajarlah agama, insyaAllah akan lebih mudah untuk kita dekat pada Allah.

Dia terpaksa menikah dengan lelaki yang tidak dicintainya. Mungkin kerana terlalu cinta kepada lelaki lain, timbul rasa bersalah yang amat kepada suaminya itu. Maka, sesuatu yang seharusnya dirahsiakan dan dia bisa mencuba untuk bina kehidupan yang baru dengan iringan redha dan terus berharap, ..astaghfirullah, menimbulkan kemarahan suaminya pada malam pengantinnya. Sangat mengharukan keadaan Syahdu. Sangat syahdu..Allah. Syahdu dihalau.

Selepas itu, hatinya terus berduka dan menangis kerinduan sambil mengenang apa yang berlaku tambahan pula, diketahuinya Ifand menikahi Sofea. (Wah, macam sinopsis novel, but i don't like reading novel actually..) Sangat syahdu lagi apabila Syahdu tidak kuat melawan emosinya....sehingga jatuh sakit. Segala perkara tidak mampu dijalani, segala harapan membeku, langkah kaki yang semakin melemah..jiwa sakit itu menyebabkan seluruh badannya tidak ceria berfungsi. Penangan cinta manusia, amat berbisa sekali. Begitulah keadaan di mana kita ditegah dalam agama untuk bercinta atau berhubungan dengan lawan jantina selain nikah pengikat halalnya. Sebabnya, cinta itu bab puisi dalam cerita KCB ..



Ermm...ada jiwa yang sedang terbang melayang nampaknya huhu...

3. Sofea 


Satu watak yang saya sangat kagum dari sudut tertentu terutama sifat kesetiaannya kepada suami, percaya, patuh dan sanggup berkorban demi suaminya. Saya nampak ciri-ciri solehah dalam watak ini. Mudah mengurai satu-persatu kata dan ciri solehah.....amalinya? Melihat wataknya, saya termuhasabah. Saya rasa itulah selayaknya watak seorang isteri. Semoga saya berjaya. (sedih...). Sebab itu mujahadah selepas bernikah juga sama beratnya dengan fasa sebelum nikah..bahkan kadang-kadang...lebih berat..ya..

Wanita mana yang tidak cemburu..dia mengizinkan suaminya menikah dengan Syahdu. Demi Ifand, suaminya dan melihatkan keadaan Syahdu yang begitu menyedihkan dek terlalu merindui Ifand. 

Kebaikan Sofea membuatkan Syahdu pula jadi cemburu. 

Ada bahagian filem yang saya tak setuju, ada bahagian yang memang memberi kesan. Apapun, dalam menonton filem-filem yang walaupun tak 100%nya Islamik, ambil lah yang baik. Yang buruk sebagai satu nilaian peribadi, juga sebagai pengajaran. 

Ini juga adaptasi dari novel..mungkin ada banyak lagi kisah menarik dan pengajaran berharga yang boleh dikutip. Tapi, saya belum terdetik untuk membaca novelnya. 

No comments:

Post a Comment