![]() |
Gambar hiasan |
Dalam hidup tanpa berharap
Seorang bayang mujahid mendatangiku, izin-Nya
Aku tanpa lengah mencetus langkah
Meneliti melalui saudariku yang jujur
Rupanya dalam rahsia percaturan Tuhan
Bayangku juga mendatangi dia, ceritanya kepadaku selepas akad yang penuh makna
Sama, dalam hidup tanpa berharap
Tanpa pernah bersemuka berbicara, kami saling menerima
Kerana istikharah, aku dituntun yakin dan kuat
Kerana niat dan komited kami, Rabb memudahkan jalan
Aku tidak pernah minta 'bila' dan 'siapa'
Tetapi Allah Maha Mengetahui setiap isi hati dan cita hamba berbicara
Aku bersyukur memiliki dirimu walaupun ku sedar hanya pinjaman
Kerana pinjaman yang dicari jika benar, akan menjadi milik kita yang kekal di Syurga
Kerana aku masih sedang belajar, banyak khilafku, maafkan diriku
Akan ku usahakan, menjadi suri solehah untukmu, kerana Allah
Usahaku bukan sebab aku sudah memiliki seorang suami
Tetapi hakikat aku seorang hamba, cita-citaku menuju Allah
Aku dan dirimu
perlu berprestasi cemerlang demi Hari Mendatang
Walau banyak air mataku turun di depanmu
Bukan tanda aku lemah semangat dan putus asa ku
Itu tanda dirimu tempat yang layak untuk aku sandarkan setelah Allah
Kerana setiaku, percayaku, cintaku, yakinku dan aku mendambamu setelah Allah & Rasul
Aku bahagia lalui hidup sebagai surimu
Terasa aura tarbiyah Nabi SAW kepada isteri-isterinya, moga tsabat dirimu memimpinku
Bukan kerana dirimu sempurna
Tetapi jalan sempurna baginda dirimu ikuti
Mengenalkanku erti perjuangan
Terasa aura isteri para pejuang membius semangatku
Tatkala dirimu keluar berjuang
Tatkala itu aku turut berjuang, jiwa & raga, saling meredhai kerana Allah & Rasul
Aku hanya ingin orang yang ingin berjuang berada di sisiku
Dengan petunjuk dan kekuatan kurniaan-Nya, pilihanku tepat. Allahu akbar!
Pernah aku katakan pada diri,
Lebih baik hidup seorang diri daripada bertemankan seorang yang kikir jiwa & raga untuk agama
Engkau selalu dengan urusanmu, cita-citamu
Aku redha dan rela, aku menyokong dan mendokong semampuku
Di situ teruji kesungguhanku kepada perjuangan, kepada Islam
Satu hakikat yang wajib ku tempuh, demi raih ganjaran hebat dari Tuhan
Walau dirimu miskin harta, namun jangan sesekali kikir jiwa & ragamu untuk agama tercinta
Walau sering kita tidak bersama, ganjaran di Kampung Akhirat menanti kita suami isteri, kekal bersama
Oleh itu, sabarlah menjaga dan mendidikku
kerana Allah memilihmu untuk jadikan aku seorang Muslimah Solehah, juga cita-citaku
Aku juga harus cekal berusaha
Menjadi wanita terbaik di matamu dan Allah semestinya
Dengan sabarnya dirimu mendidikku dan anak-anak kelak
Aku doakan kejayaanmu di dunia dan di akhirat, kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat
Aku yakin dengan pilihanku,
Kerana sandaran aku hanya kepada Allah, tidak ada yang lain
Ujian yang kita harungi apalah sangat, jika dibanding dengan para pasangan pejuang lain
yang lebih ikhlas perjuangannya, ikhlaskah kita.. Semoga pahala sabar Allah ganjarkan untuk kita
Cita-citamu adalah cita-citaku juga
Menang atau syahid, demi Islam tercinta
Teristimewa buat murobbi diriku dan murobbi para mujahid-mujahidah junior ku kelak insyaAllah.
Semoga Allah melimpahkan kebaikan dan kesejahteraan sentiasa kepadamu, aminn..
Mujahidku, Mat Razali bin Mat Lazin.
No comments:
Post a Comment