RSS

Friday, 3 February 2012

Budak Taska


Siap mengacip Modul untuk ibu bapa pelajar..! InsyaAllah esok malam bermula kelas Tahfiz untuk anak-anak penduduk sekitar. Bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

InsyaAllah turut sama membantu suami memantau hafalan pelajar. Dalam masa yang sama, ku ingin juga sertai menghafal...huhu. Hafalanku gimana ya...

Dah lama tak berada di dalam kelas...mengajar! Dulu, pernah dipanggil 'teacher' oleh anak-anak tahun 4 di Taska Sayangku Harma, Alor Lintang. Seronok bersama mereka walaupun boleh buat kita sakit kepala dengan pelbagai kerenah. Penat tetapi seronok. Ya. Melihat muka-muka comel mereka..tenang. Melihat raut wajah manusia yang berada pada fasa tanpa dosa. Kelakar.

Pada suatu hari, aku mengusik seorang budak comel, pipinya tembam tapi dia tak gemuk. Ku kata,

"Mat, boleh tak kita tukar pipi? Teacher ambik pipi mat, mat ambik pipi teacher...nak??"

Muka ku waktu itu ada jerawat kecil yang warnanya merah-merah. Mat kata,

"Tak nak la...pipi teacher bercalar!" haha ...ku ketawa di depannya, tak tahan!!

Aduh, kelakar sungguh bahasa budak-budak!

Dunia megajar di Taska : mengugut, memujuk, berceriuta, reka cerita, menyanyi, menyanyi lagu semasa, buat mimik muka kebudakan yang macam-macam, melukis, huhu kena kreatif dan sentiasa mencari idea untuk mendapatkan kaedah berkesan untuk mengajar.

Mengugut bukan dengan tujuan menakutkan tetapi mendidik. Ramai yang salah faham. Biarkan mereka memahami setiap hukuman yang diterima. Biarkan mereka belajar berfikir. Cuba cetuskan persoalan untuk mereka, untuk mereka fikir. Minda budak itu sedang aktif! Dihukum,  tetapi tidak dinyatakan kesalahan adalah silap. Hanya melepaskan amarah, tidak membawa apa-apa kebaikan. Untuk kita, apalagi untuk anak-anak.

Satu lagi kisah yang kelakar..huhu. Ketika aku mngajar mereka tentang huruf vokal ; A E I O U. Aku menyebut huruf kemudian membunyikan vokalnya.

A - aaa, E - eee, eee (pepet), I - iii, O - ooo  ...

sampai di huruf O, aku membunyikannya dua kali, O-O, dan sekadar nak buat pembelajaran lebih ceria, aku menyanyi di depan mereka...

" O-O.. kamu ketahuan...(sambil menuding jari)" Mereka ketawa dan semua menampakkan muka gembira masing-masing..Dan aku mendengar ada salah seorang mereka menyambung lagu itu. huhu...

"..pacaran lagi....dengan dirinya..."

Aduh...macam-macam! Entah mereka ingat atau tidak teacher nya ini.. Semoga mereka menjadi anak-anak yang berjasa pada agama. Aminn.

Peranan taska, tadika, tabika, pasti sangat penting. Biar mereka mengenal ILMU sejak dari awal kehidupan mereka. Pastinya kita mahukan mereka mengenal ilmu agama. Salah satunya, PASTI hihi. Tempatkan anak-anak anda di PASTI ya!

No comments:

Post a Comment