Duduk sorang-sorang beginilah jadinya...inilah masanya saya berblog...
Ku tak sangka aku akan memijak bumi Sabah ini.. Tak pernah terfikir pun untuk ke sini.. Tapi sekarang, aku sudah jatuh cinta pada tempat ini!
Apabila berada di tempat orang akan terasa hidup ini hanya sebuah persinggahan..itu falsafahnya. Sebab, walau macam mana sayangnya kita terhadap tempat baru, kita akan rindu akan tempat asal dan perasaan ingin kembali ke tempat asal itu akan sentiasa wujud. Sebab, di tempat asal itulah adanya saudara kita yang paling dekat pertalian darahnya dengan kita. Sahabat handai dan rakan taulan yang kita kenal juga berbeza dari sudut tertentu dek kerana kita mngenali mereka di tempat tumpah darah kita.
Di sini jugalah suamiku dicampakkan untuk menjadi salah seorang tenaga penggerak untuk memakmurkan bumi Sabah ini yang terkenal terkenal ke? rasanya jarang terheboh dalam media... dengan MISKIN dari pelbagai sudut miskin. Terutama sekali, miskin tarbiyyah islami. Di sini, ramai yang Islam, percaya adanya Allah tetapi tidak pula tahu agama yang diredhai Allah itu menyeru kita untuk berbuat apa.. ya, sebenarnya seluruh tempat pun begitu, tidak boleh hanya mngatakan di bumi Sabah ini sahaja. Jam 6 petang, waktu maghrib di sini, semua gerai-gerai akan ditutup dan syif malamnya pula pusat-pusat hiburan terbuka bermaharajalela.
Sepanjang aku berjalan di sekitar Papar-Kota Kinabalu, memang banyak terdapat gereja. Dahulu, pernah aku diceritakan keadaan di Sabah ini bahawa "pergi je ke mana-mana akan nampak gereja. Sangat susah nak cari masjid!" Memang, sangat banyak gereja di sini, hatta di atas bukit pun disediakan gereja. Tapi, bagiku, tak begitu susah mencari masjid sekitar kawasan ini. Mungkin di kawasan lain ada. Ya, pasti. Kerana, kawasan yang 'tegar' itu belum diteroka. Akan ada sentiasa pendakyah yang gigih berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Sabah ini yang sedia lemah. Kesian, jika tidak ada yang berperanan, maka makin lemahlah umat Islam. Makin suram iman di negeri Sabah ini..
Setahu aku, ramai juga ustaz/ah dihantar ke bumi Sabah ini. Hanya aktif di sekolah sahaja kebanyakannya. Yang aktif luar-dalam pula, sangat luar biasa pula aktifnya. Ada yang bertanya suamiku, "Tidak memohon untuk tukar mengajar di semenanjung?" Memang ada memohon namun tidak meletakkan harapan yang tinggi, malah nak letak tahap sederhana berharap pun tak mahu. sebab, guru-guru agama sangat kurang di negeri Sabah. Atas dasar kekurangan tenaga pengajar, guru-guru agama di sini menjadi mangsa. Itu bab tak boleh pulang mengajar di kampung, akan jadi mangsa.
Bab lainnya. Apabila mula berjuang di sini, terasa sangat sayang meninggalkan tempat di mana perahan idea dan kerahan tenaga mengalir-ngalir tercurah untuk masyarakat di sini. Ramai golongan pengajar yang terdiri daripada guru dan pensyarah, adalah orang-orang yang 'terbuang'. Ada di antara mereka yang dibuang ke sini kerana bersikap 'kurang ajar' kepada salah sebuah institusi pengajian di semenanjung. Barangkali mereka takut jika menyimpan 'orang kuat dan berani' ini berada di tempat mereka dan akan menjejaskan nama baik mereka dan institusi.
Ada juga ustaz yang aktif luar-dalam ini yang dihambat balik ke semenanjung lantaran suatu teguran yang membina yang mungkin dirasakan atas nama parti/politik. Apabila ketakutan menyelubungi, prasangka-prasangka buruk mula bermain-main di hati sang pengecut dan ketika itu, walaupun kebenaran yang disuarakan, akan dilihatnya semua itu adalah atas nama parti semata-mata. Siapa sebenarnya yang melihat teguran dan nasihat atas nama parti ni?
Begitulah hidup orang yang berjuang di negeri bawah bayu ini. Negeri yang nyaman lagi indah namun dicemari dengan debu-debu thaghut lagi melampaui batas. Tidak layak mereka mendiami bumi yang bayu suasananya, yang redup memayungi. Ada juga suamiku ceritakan setelah sekian lama seorang ustaz itu mengajar di Sabah dan sangat aktif luar-dalam, tiba-tiba ditukarkan ke Johor. Orang hebat tu. Menangis dia sebab terpaksa meninggalkan bumi Sabah, yang sudah sebati dengannya. Ya, sesiapa yang pernah berpenat lelah di bumi ini akan memahami betapa 'sayang'nya dan betapa tak patut mereka meninggalkan Sabah. tetapi, perancangan Allah lah yang mengatasi perancangan manusia.
Malam kelmarin, zauji membawaku keSurau Riyadhusolihin Taman Austral . Oh, pengisian yang bermakna untuk kami hayati, fahami dan ertikan sebaiknya dalam bentuk tindakan. Si penyampai juga 'insan terbuang' yang merupakan bekas pensyarah di IPTA semenanjung yang ditukar ke Sabah. Saya ingat lagi nadanya mengatakan "hanya orang yang yakin tak takut mati! macam Sayyid Qutb tu...". Melihat raut wajah tuanya walaupun semangat cintakan Islam itu sentiasa muda berapi, terdapat pelbagai pengalaman yang sungguh akan membawa manfaat besar kepada sesiapa yang ingin mencedok daripada kantung pengalaman yang tersimpan kemas dalam sanubarinya yang juga sebagai pembakar dan penjana kepada beliau untuk meneruskan perjuangan sampai waktu yang ditentukan Tuhan.
Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana saja. Aku tetap berjuang demi Islam. - Saad bin Abi Waqqas-
Tugas orang yang nak mengajak masyarakat kepada Islam ini selalu disalahertikan. 'si penghalang' pula bertungkus-lumus mencari maklumat atas arahan pihak tetentu dan demi kepentingan tertentu. Tugas mereka ini sangat melelahkan...menyekat, menyekat dan menyekat. Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka yang dibuang dan dicampakkan sesuka hati itu akan memberi manfaat pula di tempat baru. Sebaik dan serapi mana pun perancangan dan idea mereka, Allah sentiasa menyebelahi hamba-Nya yang benar.
Ada juga pihak yang memujuk suamiku supaya memilih berjuang di tempat sendiri. ya, benar. Tetapi menyedari sudah ramai yang mampu mewujudkan biah islami (InsyaAllah) walaupun tidak lah sampai tahap sempurna kerana di sana terdedah dengan pelbagai bentuk majlis-majlis ilmu dan terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk mendekatkan masyarakat kepada Islam. [ini bukan hujah suamiku ya..tentang kenapa tidak memilih tempat sendiri, ada hujah dan sudut pandangnya sendiri. lain kali ku ceritakan jika aku mahu, insyaAllah]. Tetapi di sini? Kesian keadaannya, haruman agama itu tidak tersebar, bercampur lagi dengan pegangan dan pelbagai kepercayaan karut. Tidak salah ku katakan bahawa Islam itu sebagai pelengkap di kad warganegara semata, tiada penghayatan dan tiada kebanggan beragama Islam. Andai tidak ada orang yang aktif luar-dalam, siapa pula yang mahu diharapkan?
Oleh kerana ada hal-hal tertentu yang menyebabkan sebahagian daripada "Kita" perlu berada di sini. Sangat dhoif. Sebabnya, bukan semua yang mahu turun padang dan tak kurang juga yang hanya pandai bercakap menunjuk-nunjuk pengalaman yang ada dan apabila diberi tugas, ada pula alasan itu dan ini. barangkali dia terlalu sibuk. Kita ini tidak bekerja agaknya..aduhai..
Semakin lama semakin aku jatuh cinta padamu! tambahan pula, sebahagian daripada diriku sudah bersemadi kukuh di bumi ini. Di bumi bayu....
No comments:
Post a Comment