"Ok?" dia bertanya.
Aku hanya mampu mengangguk sambil cuba senyum. Kelihatan pada raut mukanya seperti mahu menceritakan sesuatu kepadaku. Aku menanti dan dia membuka ceritanya...
"You tau tak apa yang berlaku kat badan you??"
Aku menggelengkan kepalaku dalam keadaan lemah berbaring, tidak bermaya. Tepat sekali sangkaanku.
"Badan you banyak hilang darah tau. 75%!" katanya sambil matanya dibuka seluasnya tanda serius. Sambungnya lagi..
"Hb (hemoglobin) you cuma tinggal 3 sahaja! Selalu kalau kes-kes sebelum ini boleh menyebabkan mati! bahasa kasarnya." Aku merespon dengan suara perlahan
"Ooh..ya ke..."
Baru aku tahu dan faham apa yang berlaku. Sebelum ini, bacaan Hb aku hanya 9.1, 9.8...masih rendah apatah lagi untuk ibu hamil. Dengan hanya 3, mampukah seorang manusia itu hidup?? Secara logiknya, jumlah darah yang dianggar keluar itupun sudah dapat digambarkan betapa parahnya keadaan itu. Katanya lagi
"Tapi sekarang keadaan you dah ok...fuh!" terdengar suara keluhan bercampur lega darinya..seolah olah terkejut dan 'kagum' dengan apa yang berlaku. Amazing!
Aku dapat lihat betapa doktor itu bersungguh menceritakan apa yang telah berlaku. Sedikit emotional...
Selepas itu, dia beredar melawat pesakit yang lain. Rupa-rupanyanya, aku berada di Unit Rawatan Rapi di Hospital Likas. Tempat yang tak pernah aku jangkakan akan berada di situ!
Allah...aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.. Air mataku tidak dapat ku tahan. Pelbagai perasaan bercampur baur ketika itu. Suamiku pada waktu itu pulang ke rumah mengambil pakaianku. Aku 'sendirian' walaupun bersama dengan pesakit-pesakit lain dan nurse. Sangat memerlukan dia ketika itu... Bersabarlah, Allah ada.
(Bagaimana aku 'berbicara' pada Tuhanku pada ketika itu biarlah rahsia antara aku dan Dia..tak perlulah dicoretkan di sini.)
Babak demi babak kehidupanku muncul satu persatu. Terasa Tuhan sangat menyayangiku. Terasa Tuhan sangat dekat denganku. Persoalan-persoalan mula muncul..."kenapa aku masih di dunia..." Hari pun sudah cantik..Jumaat. walaupun aku menyedari masih terlalu banyak maksiat yang belum ku mansuh dengan taubat yang sunguh-sungguh. Ya Tuhan..... Astaghfirullah.
Ya, aku masih diberi peluang kedua dan barangkali terakhir. . .
No comments:
Post a Comment