Assalamualaikum wr wb...
Semoga kita sentiasa baik-baik sahaja hendaknya walaupun diterjah dengan pelbagai cubaan dan hal-hal yang rumit untuk diselesaikan. Moga ada jalan keluarnya. Yang penting, sentiasa ingat Tuhan dan yakin akan pertolongannya. Lega apabila membaca surah ath-Thalaq ayat kedua (pada akhir ayat ke-2) dan ayat yang ketiga.. terjemahannya :
2. Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddah-nya, maka rujuklah (kembali kepada) mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik, dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu, dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya,
3. Dan Dia memeberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
Berkongsi sedikit berkenaan 'asbabun nuzul' ayat 3 surah ini...
Ibnu 'Abbas memaparkan bahawa suatu saat, 'Auf bin Malik menghadap Rasulullah dan berkata, "Anakku ditawan musuh, dan ibunya sangat sedih. Apa yang harus ku lakukan, ya Rasulullah?" Rasul bersabda, "Kamu dan isterimu memperbanyak ucapan hauqalah iaitu 'la haula walaa quwwata illaa billaah.' Isteri 'Auf pun berkata, "Alangkah baiknya perintah Rasul itu." Lalu, mereka memperbanyak bacaan itu. Tanpa diduga, suatu hari, musuh yang menawan ank itu lengah. Si anak berjaya melarikan diri dan pulang sambil membawa beberapa ekor kambing milik musuh tadi. Atas hal itu, turunlah ayat ini. (HR. Ibnu Mardawaih)
Allah Maha Mengasihani bukan? Maka saya pun harus mengamalkannya. Jap jap...wait semenet!! Apa pulak kaitannya dengan tajuk 'Entri 2011' ? huhu..
nothing but there's SOMETHING to me..tak de lah. cuma entri sepanjang 2011 semuanya 'berentak' balada...sekian terima kasih.
[ Still in e m o t i o n a l m o d e . Maybe ]
nothing but there's SOMETHING to me..tak de lah. cuma entri sepanjang 2011 semuanya 'berentak' balada...sekian terima kasih.
[ Still in e m o t i o n a l m o d e . Maybe ]
No comments:
Post a Comment