Dia sebilik denganku sewaktu belajar di sebuah institusi pengajian tinggi. Aku cemburu melihat kesungguhan dia menuntut ilmu. Kini, aku merenung kembali apa yang pernah aku lihat, rasa dan fikirkan tentang kisah kehidupan yang telah berlaku. Melihat kesungguhannya melayakkan dirinya untuk berada pada tahap sekarang ini. A microbiologist.
Sewaktu aku di tingkatan empat, aku bermimpi aku adalah seorang ahli bioteknologi. Aku juga pernah bermimpi ingin menyelamatkan alam dengan teknologi yang berasaskan tumbuhan, ingin mencari sesuatu yang boleh meningkatkan hasil tanaman di negara ini dengan penemuan-penemuan terbaru dan kajian dan aku begitu 'gila'kan makhluk yang bernama 'asid deoksiribonukleik', DNA. Itulah simbol kehidupan.
Aku masih ingat sewaktu aku berada di tingkatan lima. Aku sangat suka akan mata pelajaran Kimia. Sangat seronok bermain dengan unsur-unsur yang ada di alam ini! Pada suatu hari, hari yang lebih membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar dalam bidang sains ini. "Siapa tahu nama penuh DCPIP?" Aku tersentak di tempat dudukku. Tak sangka cikgu Zubaidah bertanya nama larutan itu. Semua kelas terdiam..aku begitu geram ingin menjawab..aku sudah hafal nama penuh ini semalam. Tiba-tiba mengangkat tangan dan menjawab... "dichlorophenolindophenol cikgu..." Lalu, cikgu memujiku dan kata-katanya yang aku pegang ..sampai sekarang walaupun.. cikgu kata "wah, boleh jadi ahli biokimia ni!" Mungkin pada kawan-kawan yang lain hal itu tidak ada apa-apa namun untukku, itu satu doa dan pendorong untuk aku teruskan usahaku untuk bergelar seorang saintis.
Memang terasa bagaikan tidak sempat untukku menelaah sebegitu banyak perkara .. walaupun hanya mengambil 9 mata pelajaran. Aku bukan seorang yang bijak pandai. Aku bukanlah seorang pelajar yang berada di kelas elit. Aku pelajar yang biasa-biasa sahaja otaknya. Kegilaanku pada masa itu ialah pada mata pelajaran kimia, kimia dan kimia.
Keputusan SPMku tidak lah cantik dengan huruf A nya berderet sampai ke bawah. Tetapi cukup untuk aku menempah 'tiket' untuk menyambung pengajianku dalam bidang yang aku suka. Di ipt tersebut, aku mengenali dia yang memperoleh mata pelajaran biologi, kimia dan fiziknya. Keputusan peperiksaan kami pun lebih kurang juga. Tapi, mata pelajaran yang diambil lebih banyak daripadaku. Aduhai.
Al kisahnya apabila aku mula menjejakkan kaki di situ. Aku mula dilanda satu 'belenggu'. Aku jadi susah belajar tidak seperti aku belajar pada zaman SPMku. Segalanya ku rasa payah dan tidak serius dengan apa yang mendepaniku. Aku seolah-olah telah kehilangan diriku yang dulu. Jeritan batinku, "I can't study there!!" , "I can't focus on what I've learnt!" Dan di situ, aku sangat suka hadiri kuliah biologi. Namun setakat seronok di dalam kuliah. Banyak mengkagumi kejadian setiap makhluk tanpa mengenali terperinci tentangnya. My 'management' about myself was FAIL!
Dia terus dengan usaha gigihnya. Aku seolah-olah kehabisan tenaga untuk menelaah. Dia kenal perangaiku dan mungkin ada terbit di hatinya kebimbangan terhadapku. Dia agak sibuk dengan urusan luar juga namun tetap berprestasi. Aku ini yang tidak ada apa-apa tanggungjawab yang lain tidak mampu bersaing dengannya. Aku beraksi seperti bukan diriku yang dulu. Hanya tekanan yang melanda. Dalam keadaan letih dan mengantuk, dia masih bertahan dan terus melekat di meja belajarnya. Aku seolah-olah hanya melihat sahaja kesungguhan tanpa sedikitpun terdetik untuk contohi kesungguhannya.
Jujurnya, semalam aku sungguh emosi. Huhu...sudah lama aku tidak merasa emosi seperti hari ini. Perkara yang ditakuti pada beberapa minggu yang lalu tidaklah sampai membuat aku emosi dengan begitu dalam sekali. Mungkin kerana aku telah membuka kembali 'luka lama'. Bukanlah untuk disesalkan. Kesalahan tetap kesalahan yang pernah aku buat sewaktu belajar di situ. Dan daripada tersilap langkahku, aku sudah menerima natijahnya. Jiwa aku jiwa BIO. Tempat impianku adalah di makmal dan mikroskop itu menjadi temanku. Kot makmal putih itu 'uniformku'. Tapi hanya semangat tidak mampu untuk menghasilkan kejayaan dan tidak menjamin terealisasinya sebuah impian.
Aku tumpang bangga melihatnya sekarang. Dia juga bukanlah dari keluarga yang kaya sama seperti aku. Tetapi sekarang dia sudah bergelar ahli mikrobiologi yang bekerja di kilang ubat tanah air. Padanya aku nampak bahawa ibu ayahnya sedang berbangga dengannya. Sekarang, dia pula yang menanggung ibu ayah serta adik-adiknya. Maafkan kak long mak, ayah dan adik-adik.. atas kelalaian kak long..
'Luka lama' yang terbertas jahitannya ini bukanlah untuk menimbulkan kekesalan untukku. Tetapi kehidupanku, kronologinya adalah bukan seperti dia dan juga sahabat-sahabatku yang berjaya menjadi entah apa lagi..dalam bidang ini.
Ku akan kenang balik kesungguhanmu. Kesungguhanmu sangat ku kagum. Kesungguhan seorang yang ingin menuntut ilmu. Engkau kekal dengan penampilan muslimahmu..SMKA Pedas malah lebih berjaya sekarang. Aku pula yang bertukar aliran daripada Sains Hayat kepada Bahasa Arab..dan aku bahagia dengan penemuan yang sekarang! ;-)
No comments:
Post a Comment