Ya Tuhan... aku terima dia kerana sebuah prinsip yang dibinanya..dia menerimaku mungkin juga atas sebab yang sama...atas izin-Mu kami bercinta di dunia. Nikmatnya tidak terkata. Syukur.
Ya Tuhan... dalam hidup yang sementara ini, aku punya secebis prinsip yang mampu menguatkan langkahku untuk mencari cinta yang berkat. Aku bukan lah sesiapa malah seorang yang sedang dan akan terus belajar tentang erti hidup. Dengan prinsip itu, aku temui jalan yang menuju cinta yang berkat. Biar beribu kata terungkap dek kerana menegakkan prinsip, aku terasa aku menghampiri keberkatan sebuah cinta. aku aman. Aku dan dia inginkannya, dan apabila Engkau telah berkehendakkan-Nya, maka jadilah.
Ya Tuhan.. berkati cinta kami. berkati kehidupan kami seluruhnya sepanjang kami bercinta dan berkati kehidupan anak keturunan kami.. tuntuni pelayaran cinta kami di medan fana ini supaya kami sentiasa dalam keberkatan..
Ya Tuhan... jadikan kami tegar menempuh jalan perjuangan yang sangat menguji dan panjang. jadikan kami sentiasa bersedia berkorban untuk agama-Mu.. dan kami menganggap ini sebagai mahar untuk kami bercinta lagi di Syurga-Mu.. Berilah kami kekuatan..
Ya Tuhan... kami sedar cinta kami akan sering diuji kerana itu sudah lumrah sebuah kehidupan. kami memohon agar setiap ujian dan musibah yang menimpa kami selama kami melayari bahtera cinta yang selalunya indah, menjadikan kami berdiri dan belayar dengan lebih kuat dan bersemangat kerana jutaan hikmah Engkau akan ganjarkan kepada kami di dunia dan di akhirat. Berkat kesabaran. Jadikan kami terasa gembira dengannya sama seperti kami menerima nikmatmu..sebab Engkau yang tidak akan pernah memungkiri janji.
Ya Tuhan... izinkan kami bercinta sampai syurga-Mu..
Berkati cinta kami... |
No comments:
Post a Comment