RSS

Tuesday, 15 May 2012

فقه اللغة

Fiqh lughah adalah sebuah mata pelajaran yang skop kajiannya adalah apa-apa yang ada disebalik bahasa. Mungkin agak pelik bunyinya akan tetapi inilah ketelitian dan kesungguhan yang tunjukkan oleh para ilmuan islam suatu ketika dulu.

Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa dari keluarga besar Bahasa Samiah. Sam adalah anak kepada Nabi Nuh AS. Ia berkembang seiring dengan perubahan zaman. Ketika zaman kerasulan terakhir mula mendekat, masyarakat Arab adalah masyarakat yang bahasa merupakan harta kebanggaan mereka. Tidak ada yang tidak disibukkan dengan bahasa. Setiap individu dan kelompok bersungguh-sungguh meningkatkan kemampuan bahasa masing-masing demi meraih hormat, penghormatan dan tempat di dalam masyarakat. Harta-benda, waktu dan peluang diperuntukkan dengan sewenang-wenangnya demi mempertajam pedang kefasihan.

Dalam keadaan persaingan berbahasa yang sangat sengit, hadirlah sang Rasul utusan yang kepakaran bahasanya melebihi semua yang ada – dan mendapatkan pendidikan khusus dari tangan yang Maha Pencipta-. Kemudian Allah SWT turunkan pula Al-Quran yang mengancam credibility kesemua manusia yang ada dalam bidang ketajaman, keindahan dan kebenaran Al-Quran. Suatu yang mencengangkan dan menjadikan mereka lumpuh tidak dapat menandingi Kalam Allah. Semua mengakui kemukjizatan Al-Quran samaada menyatakannya dengan lidah atau memendam sambil mendustakan.

Kehadiran Al-Quran yang menguja membuatkan mereka mahu tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai silabus baru dalam pendidikan bahasa. Mereka yang hidup di saat ini dari para sahabat disibukkan untuk mengkaji dan menghayati lalu menikmati keindahan Al-Quran.

Islam kemudian disebarkan ke seluruh penjuru alam. Bangsa Arab mula bercampur dengan mereka yang Ajam. Bahasa Arab pula menjadi bahasa antarabangsa yang tentunya ditambah garam dan gula. Kesan dan perubahan menuntut ilmuan ketika itu meletakkan cabang-cabang ilmu yang menjadi panduan agar ketulenan bahasa terjaga dan sentiasa dapat dipelajari dan dirujuk. Maka lahirlah ilmu-ilmu bahasa yang kaedahnya bersumber dari Al-Quran dan apa benar yang syai’ (tersebar) dikalangan masyarakat seperti Nahu, Soraf, Ma’ani, Badi’, Bayan, Dilalah, Tafsir, Ma’ajim dan sebagainya.

Bahasa Arab ketika itu sudah pun mencapai satu tahap yang boleh dianggap masak atau matang dari segi penentuan skop kajian dan cabang ilmu. Namun, para ilmuan ketika itu belum berpuas hati. Masih ada perkara yang lebih mendasar dan bersifat fundamental yang perlu dijadikan bahan kajian. Tampillah tokoh filsafat bahasa Abul Fath Uthman yang lebih dikenali sebagai Ibnu Jinni dengan kajian yang dikemas dalam sebuah buku berjudul Al-Khashaish, Ibnu Faris dengan bukunya Ashhabiy dan Suyuti dengan bukunya Mazhar. Mereka inilah yang mula membuka ruang kajian akan perkara-perkara penting disebalik bahasa itu sendiri. Ibnu Faris di dalam muqaddimah bukunya “Ashohibiy” menyatakan bahawa Ilmu bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis. Pertama  : furu’ (cabang) iaitu yang mengkaji akan nama, sifat dan kata kerja seperti kita berkata, pemuda, kuda, panjang, pendek. Semua ini merupkan bahan yang dipelajari pada permulaan. Kedua : Aslu (asal) iaitu perbahasan akan bahan-bahan bahasa, permulaan bahasa, kemunculan bahasa dan seterusnya..

Maka cabang ilmu bahasa ini membahas kajian tentang beberapa isu pokok :

1. Falsafah Bahasa, meliputi kajian tentang asal bahasa manusia pertama dan kemunculannya, pencabangan bahasa dan pencabangan bahasa kepada lahjat.
2. Undang-undang bahasa, undang-undang bahasa umum bahasa seperti qias, ithtiradh, syuzuz dan seterusnya.
3. Matan bahasa, kajian yang berkesinambungan pada kajian kosakata bahasa dari pelbagai sudut seperti isytiqaq, kefasihan, mu’rab, ibdal, qalb dan seterusnya.
4. Lain-lain, pembahasan sekitar bahasa dan anasir-anasirnya, zowahirnya (ciri-cirinya), dari kedua sudut bunyi dan kosakata, semua yang berkait dan membantu pengkajian teori-teori bahasa.

Ramai para pengkaji ilmu ini hanyut di dalam kajian akan asalmuasal bahasa manusia. Namun pengkajian permasalahan bahasa terawal manusia tidak mendapatkan hasil yang memuaskan. Mungkin secara ringkasnya, penyebab gagalnya kajian mengenai asalmuasal bahasa manusia adalah kerana ketidakmampuan manusia memikirkan akan perihal tersebut. Ilmuan terdahulu yang cuba membahas permasalahan ini terbahagi kepada beberapa golongan. Golonan pertama mengatakan bahawa bahasa manusia merupakan suatu yang tauqifi. Iaitu telah ditetapkan oleh Allah SWT.  Golongan ini menyandarkan pendapat mereka kepada beberapa nas dari Al-Quran dan Talmud. Namun, pendapat golongan ini tidak sepenuhnya dapat diterima kerana mereka gagal menjelaskan akan istilah-istilah yang semakin berkembang dari masa ke masa. Ia menutup ruang bagi manusia meletakkan istilah, nama dan bahasa bagi suatu yang baru.

Golongan kedua pula berpendapat bahawa bahasa merupakan ishtilahiy iaitu merupakan penamaan dari manusia. Manusialah yang meletakkan bagi setiap sesuatu istilah dan nama. Persoalan yang timbul bagi pendapat ini adalah, bagaimanakah caranya manusia melakukan tugas menamakan sesuatu yang begitu banyak itu. Adakah manusia berkumpul dan membuat kesepakatan bahawa benda yang bentuknya seperti fulan warna seperti fulan bernama fulan. Bukankah bumi ini mengandung jutaan benda lalu bagaimana manusia mengingatinya dan mengurusinya.

Masih banyak lagi golongan yang memiliki pendapat mereka masing-masing. Ada yang berpendapat ia berasal dari bunyi sesuatu itu. Dari bunyi itu ia berkembang menjadi istilah. Ada pula yang berpendapat bahawa ia merupakan dorongan perasaan manusia terhadap sesuatu lalu menamakan sesuatu itu sesuai dengan perasaan.
Setelah usaha yang diluahkan dalam kajian-kajian ini namun kita gagal mencapai kesimpulan yang memuaskan. Kegagalan ini disebabkan beberapa faktor antaranya adalah kesalahan metode dalam mengkaji asalmuasal bahasa itu sendiri. Para pengkaji seringkali meletakkan garis panduan kajian sepertimana mereka mengkaji suatu bidang atau cabang pemikiran. Atau mungkin juga mereka mengkaji seperti mana mereka mengkaji suatu barang atau benda. Bahkan dapat kita katakan bahawa ia merupakan sebuah kesalahan untuk mengkaji bahasa sebagai sebuah kajian ilmiah. Bahasa bukanlah sebuah benda yang dapat diletakkan di dalam makmal dan dikaji atau dijalankan ujikaji ke atasnya.

Bahasa merupakan manusia ketika ia menjalankan tugasnya. Lalu kesemua yang menyerap ke dalam manusia dari warisan bahasa tidak dapat kita letak di dalam tabung ujikaji kerana sesungguhnya manusia merupakan suara, fikiran, struktur ayat, lingkungan bahasa dan kemanusiaan itu sendiri.

Keterbatasan ini membuatkan usaha kita mengkaji akan asalmuasal bahasa itu menjadi sia-sia dan adalah lebih baik jika kajian ini dialihkan kepada kajian akan ilmu-ilmu mengenai bahasa itu sendiri.

Perkara lain yang menyebabkan kegagalan dalam mengkaji asalmuasal bahasa adalah kerana kajian yang telah dijalankan lebih condong untuk mengkaji asal dari suatu kata yang diwakili oleh sejumlah kata. Kajian mereka bukan pada gambaran asal bahasa. Maka kita mendapati mereka tertanya-tanya, adakah asal kepada bahasa adalah ketetapan dari Allah atau asal bahasa merupakan menamaan dari manusia atau mungkin qudrat yang memang telah dimiliki manusia atau ia ternyata adalah hukum semulajadi alam.

Jelas kekeliruan mereka ketika gagal membezakan antara perbincangan akan asal suatu bahasa (kelompok kata-kata) dan perbincangan akan bahasa itu sendiri.

Para pengkaji akan asalmuasal bahasa juga keliru ketika memfokuskan kajian mereka hanya kepada nama dan benda yang dinamai, istilah dan apa yang diistilahi, dalil dan apa yang didalili. Kita perlu menyedari bahawa bahasa bukan sekadar nama, istilah dan dalil. Bahasa mempunyai ruang lingkup yang lebih luas. Ia mengandung pelbagai aturan dan tahapan. Bermula dari idea, suara, tatabahasa, aturan huruf dalam kata, pembentukan ayat, pemilihan kata dan maksud, kesesuaian keadaan dan lain-lain lagi. Maka kajian mereka itu tidak lain dari mengkaji salah satu dari sudut bahasa dan bukan mengkaji akan bahasa itu sendiri.

Walau demikian, usaha mereka perlu mendapat penghargaan. Bahkan kesan dan pengaruh dari kajian mereka amat besar. Merekalah yang telah mendorong perkembangan kajian. Sebagai contoh, kita dapat menemukan pembahagian bahasa manusia secara keseluruhan. Kajian ini telah bermula dari melihat keserasian – keserasian yang terkandung dalam membentukkan kalimat, membentukkan ayat, jenis suara yang digunakan. Kita dapat melihat ada beberapa bahasa yang seakan-akan merupakan asal dan bahasa lain sebagai cabang. Maka, kajian ini memberi hasil yang besar dalam mengungkap rahsia disebalik suatu bahasa.

Pembahagian terdahulu adalah kepada 3 bahagian iaitu Kumpulan bahasa Yafitsiyyah atau Ariyyah. Iaitu kumbulan bahasa yang dinasabkan kepada Yafist Bin Nuh AS. Kumpulan kedua kepada kumpulan bahasa-bahasa samiah iaitu kumpulan bahasa yang dinasabkan kepada Sam Bin Nuh AS. Kumpulan yang ketiga pula adalah kumpulan bahasa Hamiah iaitu kumpulan bahasa yang dinasabkan kepada Ham Bin Nuh AS.

Pembahagian bahasa dunia (era silam) kepada tiga ini ternyata lebih condong kepada pembahagian berdasarkan letak geografis dan kekuatan politik suatu kaum. Maka, pengkaji di zaman moden seperti Max Muler membuat pembahagian ulang yang lebih terperinci berdasarkan keserasian bahasa. Maka dibahagikanlah kepada 3 kumpulan: 

1. Kumpulan Ariyah (Hindudan eropa) [Greek, Latin, Perancis, Spain, Portugal, Roman, Ireland, German, Holland, Rusia, Parsi, Senskret]
2. Kumpulan Samiah dan Hamiah [Babiliah, Aramiah, Finiqiah, Arabiah, Siryaniah, Habsyiah]
3. Kumpulan Tauraniah iaitu bahasa-bahasa lain yang tidak termasuk ke dalam dua pembahagian di atas. Tauraniah hanyalah merupakan istilah bagi memudahkan pembahagian.

Pembahagian ini telah banyak membantu para pengkaji untuk meneliti lebih mendalam akan pelbagai permasalahan bahasa. Ia membantu kita mengenal ciri-ciri asal bahasa seperti bahasa Arab. Kita mula mengenal istilah-istilah yang berkembang dan berpindah. Kita juga mula mengetahui penyebab-penyebab hancurnya suatu bahasa dan kukuhnya suatu bahasa.

Mengenali keluarga besar bahasa Samiah, lalu mengenali keluarga besar bahasa Arab dan akhirnya mengenal bahasa Arab Fushhah memperlihatkan sebuah perjalanan panjang bahasa Arab. Bahasa Fushhah yang akhirnya didominan dengan lahjah Quraisy pada waktu penurunan Al-Quran tidak lain merupakan sebuah bahasa yang telah benar-benar ‘masak’ setelah proses pendewasaan panjang yang telah dilaluinya. Ia dikukuhkan lagi dengan usaha para ulama meletakkan garis panduan yang hari ini kita kenal dengan cabang ilmu seperti nahu, soraf, balaghah, dilalah dan sebagainya.

Contoh mudah yang dapat saya berikan adalah istilah ustaz. Ia bukan asli bahasa Arab akan tetapi ia berasal dari bahasa Farisiah (Parsi) seperti yang terkandung di dalam Kamus Stingash. Ia merupakan sebuah istilah yang diberikan kepada mereka yang pandai mencipta sesuatu. Istilah ini tidak dapat ditemui di dalam syair-syair jahili (era sebelum Islam) yang menjadi bukti bahawa ia bukanlah berasal dari bahasa Arab. Para pengkaji mempercayai bahawa penduduk Iraq adalah mereka yang pertama menggunakan istilah ini memandangkan hubungan erat mereka dengan bangsa Parsi. Penggunaan istilah ini kemudian berkembang sedikit demi sedikit menuju ke Jazirah dan akhirnya sampai pada daratan Syam. Dari Syam ia tersebar ke seluruh penjuru alam yang penduduknya menggunakan bahasa Arab. Tidak hanya perkembangan terjadi dari sudut penggunaan bahasa akan tetapi juga perkembangan dari sudut makna. Jika dulu ustaz ditujukan kepada mereka yang mahir mencipta sesuatu, maka kini ustaz dinaik taraf menjadi anugerah bagi mereka yang mengemban amanah terberat iaitu mencipta manusia.

Memandangkan ia merupakan istilah dari Parsi maka adalah sepatutnya ia berasal dari sin-ta’-zal kerana bahasa Parsi tidak memiliki huruf furu’ seperti alif wau atau ya’.

Berdasarkan dari kata asal Parsi yang diarabkan ini maka Ustaz adalah kata ‘alam (kata khas untuk sesuatu yang telah diketahui). Jika demikian adalah salah jika kita meletakkan tanda ta’nis untuk perempuan seperti ustazah. Bentuk yang betul adalah menetapkannya dalam bentuk asal walaupun ia ditujukan kepada perempuan. Namun, Ibnu Jinni membolehkan seperti kata ini untuk dimasukkan ke dalam kata sifat. Maka diperlakukan seperti kata lain yang mendapat tanda ta’nis ketika dikaitkan dengan perempuan.

Demikianlah bagaimana contoh kajian ini memberi kesan positif agar kita mengenal bahasa kita dan mengembangkannya mengikut dasar-dasar dan ketentuan-ketentuan sehingga perkembangan dalam bahasa tidak merosakkan struktur asas bahasa. Menguasai bidang ini membuatkan kita mampu mewarisi bahasa tanpa ada perselisihan paham antara golongan yang terdahulu dan golongan yang terkemudian. Inilah diantara rahsia mengapa bahasa Arab 1400 tahun yang lalu masih tidak berubah dengan bentuknya yang asas dari bahasa Arab yang digunakan pada saat ini. Mempelajari asas-asas bahasa akan menyebabkan seseorang mampu memahami setiap teks bahasa tanpa mengira usianya dan zaman ia ditulis.

BUAH UTAMA KAJIAN INI?

Buah utama yang dapat dipetik dari kajian ini adalah mengenal pasti perkara-perkara yang menjadi tulang belakang dan otak suatu bahasa. Menghancurkan fungsi tulang belakang dan otak dapat melumpuhkan suatu makhluk hidup maka begitu juga pada suatu bahasa. Memupuskan bahasa hanya akan terjadi dengan menghancurkan tulang belakang dan otak suatu bahasa. Menghancurkan tulang belakang membuatkan suatu bahasa rapuh tanpa asas-asas yang menjaga jadi rosak sedangkan menghancurkan otak adalah menutup kreativiti yang mendorong perkembangan suatu bahasa sehingga timbul isu kemiskinan istilah dan kekurangan kata. Padahal ia hanyalah berpunca dari gagalnya pemilik bahasa itu mengembangkan bahasa mereka atas asas-asas bahasa mereka sendiri.

Hal ini sangat-sangat dimanfaatkan oleh golongan yang miliki masalah hati. Usaha kajian mereka yang bukan berdasarkan konsep penghambaan kepada Allah yang Maha Esa membuatkan mereka gigih menjauhkan bahasa Arab dari bangsa Arab dari umat Islam.

Itulah sebabnya kita menemukan bagaimana mereka berusaha gigih memperalat bahasa Ammiah sebagai serigala berbulu domba yang dapat memisahkan suatu bangsa dengan bahasa mereka. Saat ini kita dapat melihat bagaimana bangsa Arab kehilangan identiti dengan jahilnya mereka terhadap khazanah agung berupa bahasa Arab. Mereka sentiasa merasa bahasa mereka tidak cukup dan keperluan untuk bergantung kepada bahasa lain. Kita tidak menafikan keperluan untuk mampu berbahasa dengan bahasa peneraju ketamadunan semasa namun adalah sebuah kesalahan apabila meninggalkan bahasa ibunda sendiri. Apalagi jika seandainya bahasa itu mengandung lebih dari sekadar bahasa. Mengandung khasiat keagamaan, kebudayaan dan sopan-santun.

Penulis : Taqeyyabella

Komentar : salam, pembentangan yang bagus.. cuma tentang apa yang dikatakan saudara tentang masalah dari mana datangnya bahasa, apa yang jelas pada saya samada berdasarkan dalil aqli atau naqli adalah bahasa sememangnya tauqifi.. tak perlu saya kemukakan dalil naqli yang boleh mengukuhkan pandangan ini kerana sudah tentu ia sedia maklum buat saudara, tetapi apa yang hendak saya tekankan di sini bahawa setiap apa yang datang tak kira dari mana asalnya atau siapa yang memulakannya semuanya bermula dengan taqdir dan izinNya, ini jelas dalam satu hadis baginda s.a.w: رفعت الأقلام وجفت الصحف.. Tentang istilah baru yang terbit dewasa ini, ia masih lagi tidak lari dari suratan Allah sejak azali dan lahirnya istilah2 baru dalam sesuatu masyarakat atau bangsa adalah ilham dariNya.. pendapat yang mengatakan bahasa adalah tauqifi ini dibenarkan oleh ibnu faris dalam الصاحبي m/s 36 cetakan pertama oleh maktabah ma’arif, bairut (pada dasarnya, skop perbahasan ibnu faris dalam buku tersebut adalah asal bahasa arab namun suka saya ulang kata2 ibnul khabbaz dalam شرح اللمع, katanya selepas mengatakan bahawa bahasa adalah satu dari perkara yang berkaitan dengan aqal.. والأمور العقلية لا تختلف باختلاف اللغات

Monday, 14 May 2012

Sebab ini bukan yang pertama kali


Petang yang indah dan cuaca agak panas menuju ke Hospital. Inilah jalan yang kami lalui..cantik.. Bekalan pakaian sudah cukup ku bawa dan beberapa barang yang menghilangkan bosan juga ku bawa..tak larat nak menggosok pakaian lain, jubah yang ku pakai minggu lepas ku saut. Masih bersih. 


Jikalau hari itu aku dalam keadaan 'kecemasan' hanya sempat menyarung kain pelikat tebal suamiku, tudung labuh dan t-shirt berlengan panjang. Keadaan yang menggerunkan pagi itu sudah cukup untuk memilih pakaian berkenaan untuk dipakai. Betapa cemasnya pagi itu, suamiku terlupa mengunci pintu bahagian dalam rumah. Hanya grill door sempat dikunci. Aku diberitahu jiran sebelah rumah, dia ingatkan ada pencuri pecah masuk ke dalam rumah sebab pintu bahagian dalam terbuka.



Hospital Likas. Hospital Wanita dan Kanak-kanak. Tak pernah aku duga akan datang sekali lagi ke sini. Tetapi kali ini lebih tenang keadaannya. Mampu lagi memperpanjang segala doa, zikir dan selawat. Sehingga alhamdulillah terasa Allah menolong insan yang banyak derhaka ini.

Kali ini, sebelum menjalani apa yang dijanjikan, aku sempat solat di dalam wad. Di sini, pesakit ada yang bukan Islam tetapi menghormati apa yang aku kerjakan. begitu juga dengan jururawat yang bukan Islam yang mahu mengambil data daripadaku, menunjukkan reaksi ''oh..ok2..teruskan.." 

Terasa di sini bahawa fitrah manusia itu terbit bukanlah dari apapun gagasan yang direka-reka oleh manusia. Adakah kerana 1 Malaysia semua persefahaman ini timbul? Mungkin membantu tetapi itu adalah perkara yang tidak berasas kerana seolah-olah menolak fitrah persefahaman dan kasih sayang yang sememangnya ada di dalam diri setiap manusia walaupun berbilang kaum dan agama.

Pada hari Isnin membuat pemeriksaan di Klinik berdekatan. Drama kehidupan itu telah seminggu berlalu. Aku berjaya memujuk suamiku untuk terus mengajar di surau taman walaupun perasaanya sangat teruji pada maghrib lalu. Hanya mampu mengungkap di dalam hati "Pergilah tolong agama Allah..insyaAllah Allah menolong kita.." melihat raut wajah risaunya aku tak tahan. Alhamdulillah..seperti malam inilah, suaranya kuat berkumandang di taman perumahan ini semangat berkuliah. Semoga Allah mudahkan jalan kepada kita menuju syurga ya abang...amin..

Di hospital sebelum ke OT, seorang doktor berbangsa India datang ingin mengambil darahku. Tinggi lampai orangnya, cantik macam artis Bollywood! Dia bertanya adakah aku sedih..dia sangat sensitif. Ada doktor yang tidak begitu. Hanya tugas tugas dan tugas semata. Bila dia tanya baru aku tersedar..ya, sedih pada Isnin lalu tetapi perasaan yang dominan sewaktu di hospital, aku lebih rasional dan rasa lapang dada ini. Hanya takut. Takut sebab tak tahu bagaimana aku bila berada di OT nanti. Adakah dalam keadaan sedar, separuh sedar atau tidak sedar langsung. Jenis yang tak tahan sakit!

Doktor itu tanya, aku jawab dalam hati yang berasa lapang dengan ujian kali ini,
"Sebab ini bukan yang pertama kali.."

Kesan didikan Tuhan yang sangat kenal hamba-hamba-Nya. Apabila yang dahsyat pernah datang dalam hidup kita, yang kurang dahsyat dari itu apabila datang hanya dipandang dengan lebih lapang. Apapun peristiwa yang menguji. Air mata tetap juga gugur tanda akulah wanita dan aku sangat sensitif dengan setiap kejadian. Hanya orang yang sensitif mampu melihat betapa kehidupan itu adalah sebuah SENI.

Alhamdulillah..selesai apa yang dijanjikan. Allah memilih waktu yang terbaik. Pada malam hari sewaktu masa melawat sudahpun tamat. Untuk yang belum tahu, kalau masuk OT, memang akan hanya memakai pakaian khas sahaja. Segala pakaian sendiri tidak dibenarkan pakai. Supaya tidak ada mudharat yang lain. Ya, ini kes nak menyelamatkan nyawa bukan saja-saja. Dan berdoa juga supaya ada kaedah yang lebih baik selepas ini berkenaan aurat walaupun di bilik bedah. Yang mesra-Muslimah. Aku berusaha untuk menjaga auratku selagi berpeluang menjaganya dan selagi 'kadar untuk darurat' itu belum tiba. Jadi, aku sangat malu kalau selepas keluar dari OT nanti dalam keadaan aku belum sedar, terlantar dengan 'topi bulat' tu..kalau ada pelawat lelaki huhu malunya...tetapi alhamdulillah ..Allah memberi waktu terbaik untukku.

Aku tak putus berdoa semoga doktor wanita yang mengendalikan aku. Ya, doktor India. Alhamdulillah..OK berbanding lelaki. Fiqh keutamaan memilih perawat bagi Muslimah. (boleh rujuk di sini ) :

1. Doktor Muslimah
2. Doktor Wanita non-Muslim
3. Doktor Muslim
4. Doktor Lelaki non-Muslim

Doktor kata, berat badanku terlalu rendah dan sangat tidak sesuai untuk ibu mengandung. Jadi, sekarang, aku jadi bersemangat nak tambahkan berat badan.. hehe.. Doakanku pulih sepenuhnya.. ;-)




Sudah 2 minggu tidak mengajar di Tuisyen tahfiz. Tak sangka anak-anak ini masih ingat ustazah yang nakal ini. Rindu untuk bertemu mereka. InsyaAllah sebelum pulang ke Besut, ingin juga melawat mereka sekejap. Ringkas 'kad' ini tetapi sangat bermakna. 
Terharunya...sob...sob... :-(


Sunday, 13 May 2012

Mood : Nur Kasih






Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan..

Detik waktu dan suratan 
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahaya-Nya
Dalam bayang kegelapan

Nur Kasih..

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur Kasih..

Aku kembali 
Kerana masih mencari
Yang Hakiki
Sinar pasti
Janji suci
Yang abadi



Friday, 30 March 2012

Kau menyapaku di dalam teksi merah!

"Berminat nak jadi Facy tak???"

hehe..itulah ayat pertama perkenalan kami. Sungguh unik. Di atas taksii. Kami berjumpa sewaktu kami sama-sama pulang dari kerja. Dia bekerja di Pejabat Tanah sebelum mendapat kerja di YaPEIM. Aku sewaktu itu mengajar di sebuah taska swasta. Taska Sayangku Harma. Tempat kerjaku lebih jauh dari tempat kerjanya. Kalu aku balik rumah, aku akan melalui pejabat Tanah dan melalui kampungnya dahulu.

Tak ingat hari apa, mungkin Selasa atau Rabu. Aku pulang dari kerja dengan taxi merah kepunyaan seorang pemandu yang biasa terlihat di sekitar antara rumahku dengan sekolahku. Aku ke sekolah dulu dengan taksii. Tapi kami tidaklah terlalu kenal dan ramah untuk berborak. Petang, mungkin aku terlalu penat dan tak ada mood nak berborak-borak walaupun dengan penumpang perempuan di sebelahku.

Teksi yang ku naiki berhenti di depan Pejabat Tanah kerana ada seorang penumpang yang menahannya. Seorang kakak yang bertudung labuh dan sopan kelakuannya menaiki teksi. Berminat juga nak kenal dengan kakak ini. Tapi agak susah nak berborak sebab terhalang dengan penumpang di tengah-tengah kami. Suasana senyap.. Tiga gadis petang itu  memenuhi tempat duduk belakang teksi dan masing-masing tidak berkata apa-apa. tempatku di sebelah pintu kanan kereta. sampai lah teksi yang kami naiki berhenti di Kampung Pangkalan Nyireh, kampung kakak yang bertudung labuh itu. Aku sampai di rumah..habis cerita petang rabu/selasa itu.

Keesokan harinya...

seperti biasa aku menunggu teksi untuk pulang ke rumah. Oh, teksi kelmarin. Aku duduk di tempat aku semalam. Merenung di luar tingkap. Teksi menuju ke Kampung Raja. Kelihatan kakak yang bertudung labuh semalam menahan teksi yang ku naiki. Kini, tiada penumpang lain. Hanya kami berdua di belakang. Tiba-tiba aku disapa, "Berminat nak jadi Facy x??" Aku terkejut dan .. "Haa???" haha....

Itulah saat perkenalan kami. Di waktu petang nan indah. Dia mengajakku untuk menjadi facy dalam program Klinik UPSR anjuran YaPEIM dan KIC (Kecemerlangan Insan Cosultant). Dar situ lah aku terus aktif bersama Kak Nik dalam program-program motivasi. Seronok bersama Kak Nik..rupanya dia tinggal di Kampung nenekku..hihi..kecilnya dunia!

Aku yang baru balik dari UMK ketika itu, (tahun 2009) mencari kerja dahulu sebelum membuat keputusan mencari mana-mana IPT yang layak denganku. Biologi jiwaku tetapi aku rasa mahu meneroka bidang lain. Aku mula mencari-cari kolej Islam. huhu...  Ya, keinginanku ada hanya di situ dan hanya layak berada di situ. Pernah juga ku megadu pada kakak ini tentang rasa rendah diriku yang tak ke mana-mana. sedangkan facy-facy lain semuanya berkelulusan sana sini. ;-(

Banyak kenagan dan pengalaman yang aku timba bersama Kak Nik. Aku mengutip pengalaman sebelum sambung belajar. Terima kasih Kak Nik.. ;-)

oleh kerana kakak ini bekerja di bahagian kmuniti, banyak aktiviti dan banyak jelajahnya. Aku juga turut sama! Aku juga jadi 'tak lekat kat rumah' sebab ikut kak Nik berprogram. Alhamdulillah, mak ayah spotiing tapi biasalah, mereka wajib kena banyak tanya! sebab aku puteri mereka. kena tahu secara terperinci setiap agendaku! hehe. Aku juga dibawa Kak nik ke Pulau Redang, Pulau Perhentian....waa......best!!!!

Ini aku ambil dari album Kak Nik..

Sewaktu di Pulau Redang, Motivasi di SK Pulau Redang:

Ini time snorkeling. Huhu..jangan harap ku turu.penakut!! hihi...apa lagi, masa untuk mengambil gambar sepuasnya sambil menunggu diorang ni melihat panorama bawah air...

semua kusyuk medengar taklimat..ku ambil gambar pun tak perasan!! hihi a.syapik

cantik tak???? ni lah kerjaku...ku jalan-jalan melihat alam..huhu

hihi...ku ambil dari atas jambatan...makhluk apakah yang terapung-apung itu...??

cuba cari kak nik.....hihi...

yang ini paling ku suka!!! Boleh lah isi puisi di ruang kosog ...

akibat nakal... "abang Long'' denda...ku pula "Kak Su" ehe..

suasana petang nan indah.....


waktu petang di Pulau Redang.....ni dekat resort 5star!! tapi kitorang bermalam di  quaters 5star!  huhu


hidupan laut yang terdampar di persisir pantai..

"ye adik-adik sekalian....ingat hok Kak Nik pesan ni deh.."


 dah la..kalau ikutkan nak letak semua gambar! cukup lah setakat itu. sebab..pertemuan ini sangat indah dan bermanfaat! Syukur.. 

Dialah penasihatku merangkap penyelesai kepada masalahku sewaktu aku didatangi naluri 'nak kahwin' yang membuak-buak pada suatu ketika dahulu sehingga aku dapat meredakan perasaan begitu. Sungguh, perkara itu terlalu mengganggu sebab itu aku perlu mendengar nasihat orang yang belum kahwin, yang berusia lebih tua dariku. Itulah penawar. Alhamdulillah. nanti ku cerita pada entri berikutnya, insyaAllah. jangan terlalu jauh memikirkanya..tunggu cerita dariku dulu. 

Sungguh, tempoh mula pertemuan kita hanya lah sesingkat perjalanan dari kampung Raja ke kampung pengkalan Nyireh..tapi engkau telah memberikanku seribu kenangan, dan engkau juga telah membangkitkanku kesedaran tentang pelbagai hal kehidupan yang sangat luas ini... sayang kak Nik....kerana Allah... 
semoga Allah membahagiakan hidup Kak Nik sekeluarga dunia dan Akhirat...ameen..

Wednesday, 28 March 2012

2803 1710 2810 ?

aku suka gambar ini..suasana ini sama...tangisan lelakimu...takkan ku lupa...
maaf kepada Rartz, edit siket hehe la taghdhob..
.

Ada fungsi angka/nombor? Menurut aku, angka adalah tanda. Tanda yang membolehkan imaginasi seseorang menghubung di antara satu sama lain. 

Kenapa? kalau tiada tanda..

kita tak dapat membina sebuah bangunan yang kukuh berdiri kerana peratus bahan bancuhan untuk sesuatu binaan tidak dapat ditetapkan.

kita tak mampu menghasilkan satu masakan yang lazat kerana andai terlebih garam gulanya, maka tidakkah membazir?

kita tak mampu membezakan manusia normal dengan manusia sindrome-down kerana manusia biasa, pada kromosom nombor 21, ada dua kromosom manakala manusia istimewa itu terlebih satu kromosom (3 kromosom) dan atas sebab itu sambutan untuk mereka yang istimewa ini tandanya pada tanggal 21 Mac setiap tahun.

kita tak tahu tahap kesihatan kita andai anda berdarah rendah, normal, terlalu rendah atau darah tinggi.

kita tak pula tahu perihal tumbuhan dikotiledon atau monokotiledon

kita tak kagum pula perihal ATP dalam setiap sel kehidupan yang menyebabkan alam bahagia menjalani hidup

pasti teknologi telefon dan segala macam teknologi tidak terinovasi, bagaimana mahu berhubung manusia kalau tidak ada tanda yang membolehkan kita berhubung.

pasti tidak ada yang tahu tarikh-tarikh dia dilahirkan dan tidak bergemalah ucapan "Happy Birthday"

jika tanda itu tiada..

nescaya sejarah dicatat dalam keadaan kucar kacir tanpa diketahui dengan jelas setiap riwayat cerita pedoman sebelum Islam turun sehingga sekarang ini. mana tidaknya, bagi yang tidak mengkaji, ada juga yang mengatakan Imam Ghazali tidak suka dengan Ibnu Taimiyyah, Syeikhul Islam itu. padahal, Imam Ghazali meninggal dunia beberapa tahun terlebih dahulu sebelum lahirnya Ibnu Taimiyah ini lagi. Dah ada angka, namun masih kucar-kacir kerana akibat tidak mengkaji.

nescaya juga kita tak tahu apa pun yang termaktub indah dalam al-Quran. Yang memuatkan hal undang-undang keluarga, masyarakat dan seisi dunia. Tidak ada yang tertinggal. Tidak pula kita tahu berapa tahun pemuda-pemuda Kahfi tertidur dengan izin-Nya. Pembahagian harta pusaka untuk lelaki dan perempuan samakah?

dll....

Angka..perkiraannya kadang-kadang menyeronokkan, memeningkan namun ianya sangat unik! Hingga kita temui indahnya angka!

28 angka haribulan kelahiranku
03   bulan kelahiranku

=> 28hb 10  kelahirannya.....

17   angka haribulan kelahiran zauj
10 bulan kelahiran zauj


Justeru, sesungguhnya akan datang suasana yang membuatkan kita 'kembali' kepada ingatan silam. Menelusuri masa hadapan akan sentiasa ada  'titik pertemuan' atau 'titik kembali' kita kepada silam yang bisa merubah emosi. Itulah hakikat kehidupan yang tak boleh dinafikan. Sebab, hakikat insan itu akan kembali.

Saturday, 24 March 2012

Salahkah jika ummi rindu?

aku membaca, aku tutup sebentar lagu yang sedang berkumandang dan aku buka video ini..indah lagu ini..dengarlah..



salahkah ummi punya perasaan begini?
dikau memanggil-manggil 'Ummi'?
Ummi rindu panggilan dari suaramu penyejuk hati
Belum habis terluah apa yang ummi rasai ini,
air mata ummi turun berlari mendahului
Ummi rindu ingin dipanggilmu wahai sayang Ummi
Ummi ingin dirayu-rayu manja suaramu
memanggil ummi lembut
mengharapkan perhatian dari ummi

susu untukmu
mengalir laju
selaju air mata cinta ummi padamu
tetapi  telah habis air susu itu
ya, habis di dunia
moga dikau menikmatinya di Syurga
yang jauh lebih lazat dan lebih berkhasiat
semestinya untukmu
Tuhan 'menyimpan'nya untukmu
namun, air mata cinta ummi ini tak pernah berhenti
kerana dikau begitu istimewa bagi ummi
walau jasadmu ummi tak sempat lihat
tetapi kita pernah 'bermain' bersama-sama, kan?

gerakanmu di rahim ummi amat membahagiakan
aktifmu membuatkan ummi lupa akan segala lelah,
segala loya dan pening ummi
ummi rindu kakimu menendang
ummi rindu waktu subuh
kakimu bergerak riang kejutkan ummi bangun
ummi dapat merasai geliat tangan kakimu
di pagi hari
menyebabkan ummi takut untuk bangkit dari tidur
kerana terasa 'tersekat' dengan tanganmu
sekarang, ummi jadi rindu
kerana naluri Ummi sangat kuat
Suatu perkara yang tak boleh dijual beli

ummi tidak mengeluh kehadiranmu terlalu awal atau lambat
walaupun ummi belum habiskan pengajian ummi
kerana hadirmu adalah anugerah dari Allah yang Maha Memberi
kepada sesiapa yang dia kehendaki
Sebab ummi tahu, tidak semua hamba diberi nikmat ini
ummi pekakkan telinga
tatkala ada yang cuba membuat pertikaian
tentang kehadiranmu
yang pada pandangan mereka
menyusahkan ummi atau mungkin menyusahkan mereka
ummi tidak sedikit pun menyesali keputusan Ummi
sebab cita-cita ummi bukan bergantung pada waktu dan tempoh
tetapi ummi mencari hidup yang tabi'i
dengan izin Allah juga ummi gagah menempuhi

Ummi cuma rindu
Itu sebab ummi tulis
air mata ummi turun menemani
tanpa ummi minta pun ia tetap juga mengalir laju
sebab tergoda dengan panggilan dan teriakan hati ummi
yang merinduimu.


Ummi bersyukur,
Dikau lahir secara tabi'i walaupun ummi tidak sedar
tanpa pertolongan Tuhan
Ummi mungkin tak mampu teran
walau hakikatnya bukan diri ummi yang lakukannya
semua itu pertolongan Tuhan
kerana Ummi sudah di 'ambang'

Ummi rindu ingin menyentuh lembut tubuhmu
Tetapi Allah Maha Tahu
yang Ummi tak mampu
daripada teringat susuk tubuhmu,
lebih baik Ummi terus merindu dengan cara begini

Ummi bersyukur
Abi ada di sisi sewaktu kelahiranmu
Abi yang menyempurnakanmu
saat lahirmu dan saat pergimu
Tangan Abi yang melakukan semua itu

Ummi bangga dengan kejadian kelahiranmu ini
kerana ini suatu bukti
hanya Allah yang berkuasa ke atas setiap diri
Ummi fikir, Ummi juga ikut 'pergi'
Melihat darah Ummi keluar tak henti-henti
Namun, Allah merancang begitu teliti
Sebab ummi juga sedar akan prestasi Ummi di dunia
belum cukup untuk hidu bau syurga

Khaulah Sofiyyah
anak Ummi dan Abi

Ummi bangga dikau bersemadi
di tanah yang menjadi saksi perjuangan abi
dan Ummi suatu hari nanti
insyaAllah

Dikau anak,
inspirasi buat ummi dan abi untuk teruskan hidup
melalui hari-hari
biar teriring redha dan rahmat dari Tuhan
agar kita bertemu di Syurga impian
biarpun ummi dan abi sedar
tersangat mencabar jalan untuk menujunya
semoga kami berjaya.
ameen.

Ummi dan Abi takkan berhenti merinduimu sayang..
Dengan rahmat-Nya jua, kita kan berjumpa, Ameen..

Ketika Ini


Sudah lama rasanya tak bercerita walaupun tiada sesiapa yang meminta untuk aku bercerita. Tapi hatiku mahu bercerita. Terkadang terfikir juga, andai dunia yang ku diami hari ini ku lalui tanpa blogger, facebook dan sebagainya.... Padahal manusia zaman dahulu, lagi banyak terdapat kisah-kisah menarik yang seharusnya (bukan wajib) untuk dikongsikan. Malah lebih memberi kesan kepada sesiapa yang meneliti kisahnya. huhu. Yang hairannya, kisah dahulu kala yang tanpa penggunaan mana-mana teknologi pun, tersampai ke 'telinga' kita pada hari ini. Menakjubkan persembahan dunia! huhu...Cukup di situ. Anda pulalah yang layak mengulas lebih panjang lebar.

Ketika ini, sahabat handai di KIPSAS, tempat aku mendalami tarbiyah Tuhan, tempat di mana cintaku pada bahasa Arab mekar berkembang walaupun aku bukanlah eh, belum lagi mahir dalam bidang yang ku cinta kini, sedang bertungkus lumus membuat persediaan yang terakhir bagi menghadapi peperiksaan Akhir Semester. Sahabat se'batch'ku, semoga selamat menempuhi peperiksaan akhir ini dan hanya ada satu semester lagi untuk ditempuhi sebelum menempuhi perancangan-perancangan yang seterusnya..ku bangga mengenali kalian! Aku pula?? huhu.. aku 'study' dengan caraku huhu... aku cemburu dengan mereka tetapi aku suka kepada kecemburuan ini kerana ianya sesuatu yang mencabar dan inilah pendorong aku untuk terus belajar. Cita-cita tidak pernah terpadam kerana 'kerehatan' ini. Semoga Allah mempermudah urusan kita semua. Ameen..

Ketika ini, keluarga di kampung, sedang sambut "Family Day" dengan bakar ayam.....makan ramai-ramai...jeles yang sengoti! Aku suka ketika semua berkumpul walaupun tak semua ahli keluarga ada..namun, kemesraan dalam kekecohan itulah yang membuat hubungan kekeluargaan terjalin dengan lebih erat lagi diberkati. Oh, ku rindu suara-suara mak mak saudaraku yang begitu nyaring menjerit...hihi. Tapi, itulah meriahnya apabila semua berkumpul. 

Ketika ini, aku sedang berbual dengan seorang isteri kepada teman seperjuangan suamiku, Kak Su. Menarik kisah cintanya..hihi...macam novel juga.. aku sangat teruja kisah rumahtangganya yang insyaAllah akan memasuki tahun yang ke sepuluh Mei ini insyaAllah. Sudah berusia satu dekad pasangan ini....barokallahu lakuma! Semoga Allah memberkati pernikahan beliau dan dikurniakan anak-anak yang hidup untuk berjuang di jalan Allah.. Kisah awal pelayaran perkahwinan mereka sangat mencabar..berada di pedalaman. 

dengan jalan yang tak bertar, line telefon tiada, debe-debu tanah kering berterbangan....huhu mengharungi detik-detik kelahiran anak pertamanya yang mahu keluar awal daripada tarikh jangka, 12 Mei 2003..si Balqis itu mahu menyambut ulangtahun bersama dengan ulangtahun bapanya, jam 1 pagi sudah mahu keluar! ndak sabar anak ini! banyak pengajaran yang ku dapat daripada kisah mereka. Aku, tidak lah se-mencabar kisah mereka.

" 11.5.2003.. Hadiah buat abang pany kak su bagi baby (Balqis)... Sempena hrjd  
abang pany..diorang sama harijadi.. " ~Kak Su


Setelah 9 tahun melayari bahtera, Kak Su dikurniakan 4 orang  bakal pejuang,
 (sorang lagi duk diam dalam peyut..hihi)

Ketika ini, aku juga baru sahaja bebual dengan rakan seperjuangan suamiku sewaktu di UM dulu, sama-sama di dalam PMIUM, Kak Fakhriyah...aku mula mengenalinya sewaktu mengikuti suamiku yang bertugas sebagai Hakim Tilawah Al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Mohamad Ali Ranau (SEMEKAR)..sekolah hebat tu! Cantik...atas bukit...nyaman....orangnya lemah lembut saja...bermalam di sekolah itu selama 3 hari 2 malam..


masjidnya di tengah-tengah..atas bukit ni...asrama siswi...bawah sana dekat sebelah masjid yang nampak bumbung merah tu...airnya sejuk bah!

sebelum sampai ke SEMEKAR...rehat seketika di sini xingat dah nama tempat ni...huhu nyaman bangat...
nothing but GREEN........................i like!

Kreatifnya...laluan di bangunan kelas yang menghadap masjid..

di bawah sana, padang permainan...cantik sangat!

Seorang Hakim telah membawa diri di sini hehe...

Kak Fakhriah tak kekok bercerita mengenai hal peribadinya yang sewaktu itu belum lagi bertemu jodoh. Mungkin dirasakannya, rakan seperjuangannya itu 'ada' dalam diriku..hihi. Aku hanya mampu ucapkan bahawa jodoh itu tersangat rahsia, dan memang datang dari Allah tanpa disangka-sangka hadirnya, waktunya bila dan siapa dia! 

Dan, alhamdulillah..kini sudah bertemu dengan pendamping yang setia untuknya. Tanpa disangka, suaminya itu juga seorang guru di sekolah, tenpat Kak Fakhriyah mengajar. Bercinta selepas kahwin katanya sebab sebelum ini mereka tak pernah bercakap apatah lagi nak bertemu. Diajak kahwin, terus Kak Fakhriyah terima. Hehe.. Begitulah hati perempuan yang berusaha mehukan pasangan yang terbaik, akan datang satu kekuatan dan keyakinan apabila berdepan dengan jodohnya. Tahniah kak...sekarang sudah masuk 2 bulan usia kandungannya.. ;-)

Kak Fakhriyah, Suaminya serta adiknya (kot..) di Cameron Highlands

Ketika ini, suamiku sedang berada di Kundasang...huhu tempatnya sejuk.....nyaman...indah.... beliau mengikuti satu kursus anjuran sekolah untuk semua staf dan guru. Aku tidak mahu bercerita tentang program tersebut..buang masa! Tetapi jalan-jalan di sana adalah sesuatu yang menyeronokkan! hehe...kem yang bertujuan 'membasuh minda' para guru dan staf..haishhhh... aku tahu, beliau and the geng takkan terbasuh. Pergi hanya mengikut prosedur sambil mengambil manfaat daripada perkara lain.

This picture was just received in 10 minutes ago..setelah  15 jam tidak menatap wajah ini huhu

Ketika ini, Aku di rumah...sorang-sorang ditemani lappy anggun aku ni..hihi...duk sorang-sorang bahaya juga...fikiran jadi melayang pelik kalau tak buka internet. so, bukalah al-Quran atau mana-mana buku yang boleh dibaca. sebelum masuk kolej, aku akan isi perut blog ni sampai termuntah. Untuk tatapan pada masa akan datang, 'kenangan' dalam bentuk tulisan yang kadang-kadang caca marba. Minta maaf kepada yang terasa ini semua sia-sia.. Tetapi aku sangat menghargai coretanku. tak de sape yang boleh sekat. hee..sekian, wassalam.