RSS

Saturday, 4 February 2012

Warkah buatmu Mujahidku

Gambar hiasan


Dalam hidup tanpa berharap
Seorang bayang mujahid mendatangiku, izin-Nya

Aku tanpa lengah mencetus langkah
Meneliti melalui saudariku yang jujur

Rupanya dalam rahsia percaturan Tuhan
Bayangku juga mendatangi dia, ceritanya kepadaku selepas akad yang penuh makna

Sama, dalam hidup tanpa berharap
Tanpa pernah bersemuka berbicara, kami saling menerima

Kerana istikharah, aku dituntun yakin dan kuat
Kerana niat dan komited kami, Rabb memudahkan jalan

Aku tidak pernah minta 'bila' dan 'siapa'
Tetapi Allah Maha Mengetahui setiap isi hati dan cita hamba berbicara

Aku bersyukur memiliki dirimu walaupun ku sedar hanya pinjaman
Kerana pinjaman yang dicari jika benar, akan menjadi milik kita yang kekal di Syurga

Kerana aku masih sedang belajar, banyak khilafku, maafkan diriku
Akan ku usahakan, menjadi suri solehah untukmu, kerana Allah

Usahaku bukan sebab aku sudah memiliki seorang suami
Tetapi hakikat aku seorang hamba, cita-citaku menuju Allah

Aku dan dirimu
 perlu berprestasi cemerlang demi Hari Mendatang

Walau banyak air mataku turun di depanmu
Bukan tanda aku lemah semangat dan putus asa ku

Itu tanda dirimu tempat yang layak untuk aku sandarkan setelah Allah
Kerana setiaku, percayaku, cintaku, yakinku dan aku mendambamu setelah Allah & Rasul

Aku bahagia lalui hidup sebagai surimu
Terasa aura tarbiyah Nabi SAW kepada isteri-isterinya, moga tsabat dirimu memimpinku

Bukan kerana dirimu sempurna
Tetapi jalan sempurna baginda dirimu ikuti

Mengenalkanku erti perjuangan
Terasa aura isteri para pejuang membius semangatku

Tatkala dirimu keluar berjuang
Tatkala itu aku turut berjuang, jiwa & raga, saling meredhai kerana Allah & Rasul

Aku hanya ingin orang yang ingin berjuang berada di sisiku
Dengan petunjuk dan kekuatan kurniaan-Nya, pilihanku tepat. Allahu akbar!

Pernah aku katakan pada diri,
Lebih baik hidup seorang diri daripada bertemankan seorang yang kikir jiwa & raga untuk agama

Engkau selalu dengan urusanmu, cita-citamu
Aku redha dan rela, aku menyokong dan mendokong semampuku

Di situ teruji kesungguhanku kepada perjuangan, kepada Islam
Satu hakikat yang wajib ku tempuh, demi raih ganjaran hebat dari Tuhan

Walau dirimu miskin harta, namun jangan sesekali kikir jiwa & ragamu untuk agama tercinta
Walau sering kita tidak bersama, ganjaran di Kampung Akhirat menanti kita suami isteri, kekal bersama

Oleh itu, sabarlah menjaga dan mendidikku 
kerana Allah memilihmu untuk jadikan aku seorang Muslimah Solehah, juga cita-citaku 

Aku juga harus cekal berusaha
Menjadi wanita terbaik di matamu dan Allah semestinya

Dengan sabarnya dirimu mendidikku dan anak-anak kelak
Aku doakan kejayaanmu di dunia dan di akhirat, kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat

Aku yakin dengan pilihanku, 
Kerana sandaran aku hanya kepada Allah, tidak ada yang lain

Ujian yang kita harungi apalah sangat, jika dibanding dengan para pasangan pejuang lain 
yang lebih ikhlas perjuangannya, ikhlaskah kita.. Semoga pahala sabar Allah ganjarkan untuk kita

Cita-citamu adalah cita-citaku juga
Menang atau syahid, demi Islam tercinta


Teristimewa buat murobbi diriku dan murobbi para mujahid-mujahidah junior ku  kelak insyaAllah.
Semoga Allah melimpahkan kebaikan dan kesejahteraan sentiasa kepadamu, aminn..
Mujahidku, Mat Razali bin Mat Lazin.

Friday, 3 February 2012

Budak Taska


Siap mengacip Modul untuk ibu bapa pelajar..! InsyaAllah esok malam bermula kelas Tahfiz untuk anak-anak penduduk sekitar. Bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

InsyaAllah turut sama membantu suami memantau hafalan pelajar. Dalam masa yang sama, ku ingin juga sertai menghafal...huhu. Hafalanku gimana ya...

Dah lama tak berada di dalam kelas...mengajar! Dulu, pernah dipanggil 'teacher' oleh anak-anak tahun 4 di Taska Sayangku Harma, Alor Lintang. Seronok bersama mereka walaupun boleh buat kita sakit kepala dengan pelbagai kerenah. Penat tetapi seronok. Ya. Melihat muka-muka comel mereka..tenang. Melihat raut wajah manusia yang berada pada fasa tanpa dosa. Kelakar.

Pada suatu hari, aku mengusik seorang budak comel, pipinya tembam tapi dia tak gemuk. Ku kata,

"Mat, boleh tak kita tukar pipi? Teacher ambik pipi mat, mat ambik pipi teacher...nak??"

Muka ku waktu itu ada jerawat kecil yang warnanya merah-merah. Mat kata,

"Tak nak la...pipi teacher bercalar!" haha ...ku ketawa di depannya, tak tahan!!

Aduh, kelakar sungguh bahasa budak-budak!

Dunia megajar di Taska : mengugut, memujuk, berceriuta, reka cerita, menyanyi, menyanyi lagu semasa, buat mimik muka kebudakan yang macam-macam, melukis, huhu kena kreatif dan sentiasa mencari idea untuk mendapatkan kaedah berkesan untuk mengajar.

Mengugut bukan dengan tujuan menakutkan tetapi mendidik. Ramai yang salah faham. Biarkan mereka memahami setiap hukuman yang diterima. Biarkan mereka belajar berfikir. Cuba cetuskan persoalan untuk mereka, untuk mereka fikir. Minda budak itu sedang aktif! Dihukum,  tetapi tidak dinyatakan kesalahan adalah silap. Hanya melepaskan amarah, tidak membawa apa-apa kebaikan. Untuk kita, apalagi untuk anak-anak.

Satu lagi kisah yang kelakar..huhu. Ketika aku mngajar mereka tentang huruf vokal ; A E I O U. Aku menyebut huruf kemudian membunyikan vokalnya.

A - aaa, E - eee, eee (pepet), I - iii, O - ooo  ...

sampai di huruf O, aku membunyikannya dua kali, O-O, dan sekadar nak buat pembelajaran lebih ceria, aku menyanyi di depan mereka...

" O-O.. kamu ketahuan...(sambil menuding jari)" Mereka ketawa dan semua menampakkan muka gembira masing-masing..Dan aku mendengar ada salah seorang mereka menyambung lagu itu. huhu...

"..pacaran lagi....dengan dirinya..."

Aduh...macam-macam! Entah mereka ingat atau tidak teacher nya ini.. Semoga mereka menjadi anak-anak yang berjasa pada agama. Aminn.

Peranan taska, tadika, tabika, pasti sangat penting. Biar mereka mengenal ILMU sejak dari awal kehidupan mereka. Pastinya kita mahukan mereka mengenal ilmu agama. Salah satunya, PASTI hihi. Tempatkan anak-anak anda di PASTI ya!

Thursday, 2 February 2012

REfresh & REenergize...my soul..my mind..


Assalamualaikum wr wb...

Alhamdulillah hari ini saya betul-betul dapat meluangkan masa untuk men'jangok'kan blog saya setelah 3 kali blog bertukar! Credit to Mek Num. Sambil-sambil mendengar ceramah kat YouTube, semangat pula meng'up-date' blog...huhu

Bermula tahun 2009, saya mula belajar buat blog. Tapi, setakat belajar sebab masa tu masih M***S nak menulis.  Tajuknya "Inspirasi Dahsyat". Tahun 2010 Bertukar lagi dengan tajuk lain "Inspirasi Srikandi". Dan akhirnya insyaAllah inilah blog yang terakhir dan akan sentiasa dimutakhirkan. InsyaAllah. 

Saya tak berani tulis sesuatu andai saya tak pasti kesahihannya kalau berkenaan hadith. Kalau diikutkan, menyebarkan hadith maudhu' (palsu), dikira satu jenayah. Pernah diterangkan oleh DR.MAZA di dalam ceramahnya. Sebab, saya bukan pelajar yang belajar bidang hadith. Sebenarnya, saya memang tak suka ayat begitu. Sebab ilmu hadith bukan dipelajari atas sebab ada bakat atau tidak, ada minat atau tidak, ada dorongan tertentu atau tidak tapi ilmu-ilmu itu kena usahakan juga untuk dipelajari. Walau sedikit. Kena ambil tahu. 

Sangat banyak terdapat di blog-blog nasihat dan pengajaran yang sangat bagus disampaikan namun yang silapnya, disertakan hadith yang tak pasti statusnya. Saya tak mahu nyatakan lebih-lebih di sini tentang hadith sebab saya baru nak belajar. Berbeza dengan blog suami, insyaAllah skema sentiasa hehe. Sangat Ilmiah. Blog ini cuma pengalaman yang kadang-kadang entah apa-apa. Tapi, insyaAllah, untuk diri sendiri, ada manfaatnya, besar atau kecil. Saya suka mencoret pengalaman. emm. 

Perkataan SYAHADAH sangat menarik bagi saya. InsyaAllah MISI di sebalik apa yang diperkatakan, dihajatkan, yang menjadi azam ini, berbuah mekar membahagiakan. Semoga perjalanan coretan di blog ini sedikit sebanyak mendidik diri sendiri dan kepada sesiapa jua yang sudi mendidik diri sendiri. Ada sesuatu yang ingin disampaikan akan datang. InsyaAllah. Kerana MISI belum terlaksana. Dan penulisan ini sebagai pemangkinnya. 

Semoga Allah menuntun ku dan memimpin ku setiap waktu. Kerana, aku tak mahu tersasar tujuan. Sejarah banyak kali membuktikan apabila tersasar tujuan perjuangan, seorang yang hebat dahulu di mata agama boleh jatuh HINA. Na'uzhubillah.... Allahu akbar.

Sejarah itu jujur mempersembahkan setiap pengalaman yang dilalui oleh orang-orang yang benar jalannya dan tujuannya begitulah juga sebaliknya. Belajar daripada pengalaman. Belajar daripada sejarah. 

Saya harus lebih serius. Sebab manusia itu akan selalu bermain dengan masa. Dengan blog yang berwajah baru, semangat juga baru rasanya. Jika spirit anda hilang, cuba menukar template blog..insyaAllah membantu.
 ;-)


Thursday, 26 January 2012

Apa yang kau dapat, sebab kau telah lulus ujian Tuhan.. Bertakbirlah!



Assalamualaikum wrb..

Hari ini akhirnya baru tergerak hati ini untuk mencatat apa yang pernah aku perhatikan dan belajar sebelum ini. Setuju atau tidak, berdasarkan logik akal ini, aku perhatikan bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah 'hadiah' daripada ujian-ujian yang telah dilalui. Mungkin terasa biasa agaknya apa yang ingin ku sampaikan di sini. ok. Sebelum ini kita sentiasa bercakap tentang orang-orang yang dilanda ujian justeru menasihatkan mereka agar bersabar dan mengatakan bahawa.. "ada hikmah di sebalik ujian ini".

Apa yang saya belajar ialah, bukannya setiap manusia itu senang-senang memperoleh sesuatu nikmat Tuhan...Allah Maha Pengasih, dengan sifat-Nya itulah Allah menguji dahulu hamaba-Nya yang terpilih sebelum diberi nikmat. Tak kisah lah, nikmat apa pun...makan, pakai, rumah, wang, nikah, anak dan sebagainya. Kadang-kadang, selagi kita tak lulus dengan ujian yang Allah beri, selagi itu kita tak mampu nak peroleh nikmat Tuhan. Itulah didikan Tuhan kepada hamba-Nya yang sedar. 

Hari ini, kita melihat orang lain bergembira dengan nikmat yang diperoleh. Janganlah kita cemburu. Cemburu yang terbit itu lumrah la kan..kaluau langsung takde rasa tu, mungkin kita tak tahu pula nak fikir untuk kawal cemburu kan..astaghfirullah..

Bila kita kenali orang secara dalam-dalam...kita akan terfikir,..dia layak menerima semua ini sebab setakat yang aku kenal dan tahu, sebelum ini, dia pernah diuji dengan ujian yang entah aku sanggup hadapi entah tidak. Hanya dia yang rasai dan harungi. Tentunya dengan sabar dan redha dan tinggi tawakkalnya. Allahu akbar! Hebatnya dia! Kegembiraan yang dikecapi hari ini adalah balasan untuk mereka yang berjuang dalam kepahitan dulu. Engkau yang melihat jangan mudah cemburu..selami silamnya, itu 'hadiah' untuknya. tentunya Engkau belum berjaya mengharungi ujian yang kini berdepan denganmu! Sabar dan teruskan mujahadahmu itu.

Dengan itu, kau akan rasa betapa adilnya Allah dan yang zalim itu adalah diri sendiri. Sebabnya, kita insan terpilih, dicampakkan kesedaran ini. Allahu akbar!

Dan bila semuanya berlaku di depan mata kita, terbukti kan Surah Al-Insyirah?? 


Ayat 1 - 8 


1. Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? 


2. Dan kami pun telah menurunkan beban darimu


3. Yang memberatkan punggungmu


4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu.


5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan adanya kemudahan.


6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.


7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)


8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


    Hebatnya setiap percaturan-Mu, Allahu akbar!

    Friday, 6 January 2012

    Muhasabah Cinta

    Wahai... Pemilik nyawaku

    Betapa lemah diriku ini

    Berat ujian dariMu

    Kupasrahkan semua padaMu



    Tuhan... Baru ku sedar

    Indah nikmat sihat itu

    Tak pandai aku bersyukur

    Kini kuharapkan cintaMu



    Kata-kata cinta terucap indah

    Mengalun berzikir di kidung doaku

    Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku 

    Butir-butir cinta air mataku

    Teringat semua yang Kau beri untukku

    Ampuni khilaf dan salah selama ini

    Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...



    Tuhan... Kuatkan aku

    Lindungiku dari putus asa

    Jika ku harus mati

    Pertemukan aku denganMu


    Peristiwa JUMAAT ITU tak dapat ku lupakan. Itulah peristiwa yang mengundang seribu sesalan, peristiwa yang menyebarkan kedukaan kepada insan-insan terdekat nahupun yang jauh, peristiwa di mana tumpahnya air mata lelaki yang dicintai, peristiwa yang menguji pasangan muda yang bahagia bercinta, peristiwa yang menduga seorang 'ibu' muda, peristiwa yang mematahkan hati srikandi muda yang dikasihi, peristiwa yang menghampakan, menyedihkan dan yang paling penting....peristiwa ini membawa AKU kembali meraih CINTA-NYA..lebih dekat dengan-Nya...malah lebih dekat...


    Wahai Yang Maha Pemaaf...maafkan aku
    Selalu buat salah dan khilaf

    Wahai Yang Maha Menerima Taubat..terimalah taubatku
    Selalu mungkir taubatku

    Wahai Yang Maha Mengasihani..kasihani daku
    Aku GILA jika terputus kasih-Mu

    Wahai Yang Maha Kuat dan Yang Maha Berkuasa...
    Aku butuh kekuatan dari-Mu
    Aku hanya HIDUP dengan kuasa-Mu

    Berat....sungguh berat ku rasa ujian-Mu ini
    Pastinya hikmah yang Kau simpan untukku adalah teristimewa
    Sebab Kau mencintai aku...

    Ya Allah...dengan kebijaksanaan-Mu
    Engkau lah yang paling layak menilai Redha ku ke atas ujian-Mu

    Ya Allah..dengan pengetahuan-Mu yang tak terbatas
    Tuntuni duka ku..agar tak menjemput murka-Mu

    Aku cuba berlari walau kini aku hanya mampu merangkak
    Aku cuba senyum walau bibir bergetar menahan esakkan dari jiwa derita
    Aku cuba ceria walau terpaksa menipu emosi yang meronta hiba

    Aku cuba bertahan....
    Semakin sakit aku bertahan, semakin terasa Engkau dekat memujukku
    Ya Allah...Engkau teman setia

    Andai aku mati hari itu
    entah bagaimana prestasiku di sana
    dia tentunya di Syurga-Mu, aku pula belum tentu
    sungguh, aku tak komited sebagai HAMBA
    Ampuni aku...

    Ya Allah..yang mencintai aku secara telus dan tulus
    Engkau pinjamkan aku sekali lagi sebuah KEHIDUPAN
    yang selama ini aku sia-siakan

    Teruslah cintai aku Ya Allah..
    Dengan hidayah dan rahmat-Mu yang luas..
    Kukuhkan cinta kepada Mu di hatiku ini

    Ya Allah..
    Berat...berat ku rasa ujian dari-Mu
    Maaf Ya Tuhan..jika air mata yang belum putus ini mengundang murka-Mu
    Ternyata aku lemah..lemah daripada segala makhluk-Mu yang lemah
    Tolong..izinkan aku menangis..
    Izinkan aku terus menangis...

    Ya Allah..
    Air mata yang belum putus inilah 
    Aku semakin cinta dan GILAkan cinta-Mu
    Aku semakin yakin melangkah menuju-Mu
    Aku semakin terasa akan kasih-Mu yang tak pernah sirna tercurah kepadaku
    Terasa...cinta-Mu mengalir ...

    Ya Allah..pemilik nyawaku..
    Aku muhasabah Cintaku..



    Dengan tangisan yang belum henti ini
    Aku lebih mengenal Erti Hidup dan Erti Cinta...

    Kepada-Mu aku bergantung harap 
    dan kepada-Mu aku berserah diri ..

    Inilah Muhasabah Cintaku........