RSS

Saturday 31 December 2011

KAMI Generasi 'Celik'



ADA APA DENGAN TAHUN BARU 2012??

Setiap kali tahun baru, rakyat Malaysia yang prihatin terhadap remaja mungkin akan berdebar-debar kerana menurut apa yang dilaporkan sebelum ini oleh media yang terpercaya, akan adalah segala macam agenda yang tak diingini lagi mungkar. Saya tak mahu mencoretkan natijah daripada sambutan tahun baru, sebab segalanya telah maklum.

Rakyat yang prihatin itu bijak mengatur langkah. KAMI bukan hanya nak tegakkan hudud semata tetapi kami mencari pencegahan dan kesedaran. Sambutan tahun baru tidak ada salahnya yang menjadi salahnya cara kita menyambutnya..

KAMI bukanlah daripada golongan yang jumud, kolot dan statik. KAMI terdiri daripada orang-orang muda yang CELIK. Walaupun tak 'celik' sepenuhnya, tapi kami sentiasa mengikut golongan yang telah 'celik' untuk KAMI 'celik' sepenuhnya dari dulu, kini dan selamanya. Sekali 'celik' KAMI takkan 'buta'.  

Jangan sedap mengata KAMI tidak faham jiwa muda mudi. Sedarlah. Buka mata, hati dan minda... adanya KAMI di bumi Malaysia ini, menolong 'memakmurkan' kekacauan dan kepincangan. Malaysia kini lebih 'celik' dan terbela dengan berdirinya KAMI. Bangga! Ada usaha 'tajdid' di sini. Semoga tidak melampaui batas dan semoga usaha KAMI 'menjadi'. Kepada DIA juga KAMI memohon pertolongan.

Malam-malam tahun baru yang lalu seolah-olah memberi ruang dan peluang untuk anak-anak muda 'beraksi' mungkar. Bagai orang yang buta menilai dan menafsir. Benarkah tidak menemui punca atau ingin membela apa yang menjadi kesukaan nafsu yang membuta? 

Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku apabila KAMI 'campurtangan'........... 


Thursday 29 December 2011

Ujian Mematangkan Hidup



Assalamualaikum wr wb..

Tak sampai setahun perkahwinan kami, Tuhan sudahpun menguji dengan pelbagai cabaran dan ujian hidup. Saya percaya, setiap pasangan yang sudah berumahtangga (yang belum pun padahal), akan diuji dan diuji untuk sama-sama belajar menghadapi kesusahan secara berdua dan itu sebenarnya 'bekalan' untuk menempah ketenangan di Syurga yang kekal abadi. Jika dahulu, kita ditanggung oleh kedua ibu bapa kita dan segala pahit getir untuk mengekalkan kesejahteraan di dalam keluarga, diharungi dengan tabah oleh mereka. Namun, apalah sangat ujian ini. 


Ini baru permulaan kisah kehidupan 'berdua' kami. Banyak lagi perkara mendatang yang lebih berat, lebih sukar kerana lumrah hidupnya memang begitu. Semoga Allah menganugerahkan kesabaran dan kekuatan yang tinggi kepada kita semua yang bukan setakat bernikah tetapi ini adalah satu proses untuk membina keluarga. Bagaimana dengan perkembangan pembinaan keluarga anda? 

Benarlah, ujian mematangkan. Salah satu fungsi ujian. Kerana kami masih muda.... kerana kami sedang belajar. Ya, kami sedang belajar dan perlu belajar. Bahkan sesiapapun jua..sedang belajar. Pada zahir...ujian yang menyakitkan itu adalah bala. batinnya, penuh hikmah dan sangat mendidik. Kata si bijaksana, mendapat tarbiyah langsung daripada Allah.


" Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." 
(Al-Mulk : 2)
Lagi hebat, ujian untuk pasukan Muslimin pada suatu ketika dahulu ..


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)"  
(Al-Baqarah :214)


Asbabun nuzul...


Qatadah berkata, ayat ini diturunkan pada saat Perang Ahzab, ketika Rasulullah menhadapi cubaan: dikepung dan diserang pihak kaum kafir Quraisy." (HR. Abdurrazaq)


haa..sengaja mengimbau sejarah lampau sejenak. Adakah kita benar-benar kuat. Mengaku beriman tetapi dengan sedikit ujian (yang berat pada kita) sudah tidak keruan. Allahu akbar...lemahnya kami berbanding dengan sahabat-sahabat terdahulu. Yang kecil pun sudah lemah kaki untuk berdiri..


Hebat ujian yang kita rasai, hebat lagi ujian yang menimpa atau yang 'dianugerah' Tuhan untuk mereka. Syukur dan bersabarlah.

Tersentuh juga lagu Siti ni...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Apa pun terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Anak pertama kami sudahpun aman di sana. Semoga abi dan ummi mewarisi ketenanganmu. Sebuah inspirasi untuk kami supaya kami berusaha selayaknya untuk berprestasi di pentas dunia ini dengan jayanya agar sesuatu yang telah dijanjikan Tuhan itu akhirnya dikurniakan kepada abi dan umi. 

Tanpa sedar, tanpa diketahui sesiapapun, tanpa sebarang tanda, Tuhan merencana sesuatu. Bukanlah pada tahun 2011 Allah merancang  dan merangka setiap agenda hidup makhluk-Nya, tetapi sejak kita belum lagi dilahirkan. Semua rencana sudah siap dirangka. Hanya menunggu masa mempersembahkan segala. Dengan izin-Nya.

Apabila meyakini akan hal itu, sedikit kegundahan dan penderitaan terubat. Ubatnya hanyalah...Beriman kepada Qada' dan Qadar Allah. Bukan dengan menghafal rukun iman keenam itu, kita sudah dikatakan beriman. Nah, Allah memberi satu peristiwa yang pelbagai untuk kita hadapi sama ada peristiwa yang menyedihkan, mendukacitakan dan menakutkan ataupun peristiwa yang sangat menggembirakan kita. Apapun jua peristiwanya, yang diukur itu adalah tentang bagaimana seorang hamba lemah ini RETI untuk bersyukur, RETI untuk kembali kepada Allah lantaran kepunyaan Dialah segala sesuatu yang tercipata di langit dan di bumi ini, RETI untuk melihat hikmah di sebalik setiap peritiwa suka duka sepanjang menjalani kehidupan. 

Mencari hikmah di sebalik apa yang telah berlaku bukanlah dengan makna kita membuat satu penilaian sesuka hati tentang takdir yang telah dipersembah tetapi ianya memerlukan kita untuk sentiasa RASA bahawa Allah itu sangat dekat, prihatin dan sangat mengasihan belas (الرحيم) dengan kita. Buang jauh-jauh prasangka buruk kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Andai diri sentiasa rasa bahawa kita 'sentiasa dizalimi' kerana sesuatu musibah menimpa. Tanya balik diri siapa sebenarnya yang menzalilmi diri kita melainkan diri sendiri. Tak perlu menepuk-nepuk dada, tanya terus iman anda. ^ _~


Apapun bentuk kepayahan, semuanya mengajar kita untuk sedar diri bahawa kita sangat perlu dibantu. Kepada siapa yang harus kita minta pertolongan melainkan kepada Yang Memberi kepayahan? Tanda kita hamba. Tidak berkuasa malah lemah. DIA menyimpan penyelesaian kepada setiap permasalahan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Mintalah kepada-Nya. Dalam kesukaran dan derita, gagahkanlah untuk terus bersabar dan solat sehingga semuanya selesai hatta di penghujung usia hidup kita sekalipun kesabaran kita ditebarkan. 
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.

Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(QS: Al Baqarah 2: 45)


Bercakap memang senang. Tetapi untuk bertenang bukankah kita sangat memerlukan Qalam (Qalam-Nya)? Moga yang menulis menyedari apa yang ditulis.. 

Monday 19 December 2011

Entri 2011

Assalamualaikum wr wb...

Semoga kita sentiasa baik-baik sahaja hendaknya walaupun diterjah dengan pelbagai cubaan dan hal-hal yang rumit untuk diselesaikan. Moga ada jalan keluarnya. Yang penting, sentiasa ingat Tuhan dan yakin akan pertolongannya. Lega apabila membaca surah ath-Thalaq ayat kedua (pada akhir ayat ke-2) dan ayat yang ketiga.. terjemahannya : 

2. Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddah-nya, maka rujuklah (kembali kepada) mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik, dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu, dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya,
3. Dan Dia memeberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal  kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

 Berkongsi sedikit berkenaan 'asbabun nuzul' ayat 3 surah ini...

Ibnu 'Abbas memaparkan bahawa suatu saat, 'Auf bin Malik menghadap Rasulullah dan berkata, "Anakku ditawan musuh, dan ibunya sangat sedih. Apa yang harus ku lakukan, ya Rasulullah?" Rasul bersabda, "Kamu dan isterimu memperbanyak ucapan hauqalah iaitu 'la haula walaa quwwata illaa billaah.' Isteri 'Auf pun berkata, "Alangkah baiknya perintah Rasul itu." Lalu, mereka memperbanyak bacaan itu. Tanpa diduga, suatu hari, musuh yang menawan ank itu lengah. Si anak berjaya melarikan diri dan pulang sambil membawa beberapa ekor kambing milik musuh tadi. Atas hal itu, turunlah ayat ini. (HR. Ibnu Mardawaih)

Allah Maha Mengasihani bukan? Maka saya pun harus mengamalkannya. Jap jap...wait semenet!! Apa pulak kaitannya dengan tajuk 'Entri 2011' ? huhu..

nothing but there's SOMETHING to me..tak de lah. cuma entri sepanjang 2011 semuanya 'berentak' balada...sekian terima kasih.


[ Still   in   e m o t  i o n a l      m o d e   .   Maybe ]




Saturday 17 December 2011

Peluang Terakhir (barangkali)





Aku dalam keadaaan separa sedar ... tiba-tiba seorang doktor lelaki menghampiri katil ku....

"Ok?" dia bertanya.

Aku hanya mampu mengangguk sambil cuba senyum. Kelihatan pada raut mukanya seperti mahu menceritakan sesuatu kepadaku. Aku menanti dan dia membuka ceritanya...

"You tau tak apa yang berlaku kat badan you??" 

Aku menggelengkan kepalaku dalam keadaan lemah berbaring, tidak bermaya. Tepat sekali sangkaanku.

"Badan you banyak hilang darah tau. 75%!" katanya sambil matanya dibuka seluasnya tanda serius. Sambungnya lagi..

"Hb (hemoglobin) you cuma tinggal 3 sahaja! Selalu kalau kes-kes sebelum ini boleh menyebabkan mati! bahasa kasarnya." Aku merespon dengan suara perlahan 

"Ooh..ya ke..." 

Baru aku tahu dan faham apa yang berlaku. Sebelum ini, bacaan Hb aku hanya 9.1, 9.8...masih rendah apatah lagi untuk ibu hamil. Dengan hanya 3, mampukah seorang manusia itu hidup?? Secara logiknya,  jumlah darah yang dianggar keluar itupun sudah dapat digambarkan betapa parahnya keadaan itu. Katanya lagi

"Tapi sekarang keadaan you dah ok...fuh!" terdengar suara keluhan bercampur lega darinya..seolah olah terkejut dan 'kagum' dengan apa yang berlaku. Amazing!

Aku dapat lihat betapa doktor itu bersungguh menceritakan apa yang telah berlaku. Sedikit emotional...

Selepas itu, dia beredar melawat pesakit yang lain. Rupa-rupanyanya, aku berada di Unit Rawatan Rapi di Hospital Likas. Tempat yang tak pernah aku jangkakan akan berada di situ! 

Allah...aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.. Air mataku tidak dapat ku tahan. Pelbagai perasaan bercampur baur ketika itu. Suamiku pada waktu itu pulang ke rumah mengambil pakaianku. Aku 'sendirian' walaupun bersama dengan pesakit-pesakit lain dan nurse. Sangat memerlukan dia ketika itu... Bersabarlah, Allah ada.

(Bagaimana aku 'berbicara' pada Tuhanku pada ketika itu biarlah rahsia antara aku dan Dia..tak perlulah dicoretkan di sini.)

Babak demi babak kehidupanku muncul satu persatu. Terasa Tuhan sangat menyayangiku. Terasa Tuhan sangat dekat denganku. Persoalan-persoalan mula muncul..."kenapa aku masih di dunia..." Hari pun sudah cantik..Jumaat. walaupun aku menyedari masih terlalu banyak maksiat yang belum ku mansuh dengan taubat yang sunguh-sungguh. Ya Tuhan..... Astaghfirullah. 

Ya, aku masih diberi peluang kedua dan barangkali terakhir. . .



Tuesday 6 December 2011

SYUKUR...aku tidak merancang




Assalamualaikum wrb..

Anak adalah anugerah ternilai buat manusia yang berkasih sayang. Itulah fitrahnya. Yang telah melanggar fitrah itu  pula adalah orang yang telah kabur pandangannya dengan nikmat dan anugerah Tuhan yang berkat. Hanya ada dua jalan ; diredhai atau mungkar. Tidak nampak indahnya jalan berkat, berjalan lancarlah segala perancangan mungkar. Moga-moga kita terpelihara dan sentiasa memilih dan melalui jalan yang berkat.

Kerana berharganya seorang anak, ada pasangan yang berhabisan beribu-ribu ringgit berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat lantaran masalah kesihatan dan sebagainya. Kerana berharganya seorang anak, ramai ibu bapa ingin pastikan anak-anak mereka cukup makan dan membesar dengan sihat. Kerana berharganya seorang anak, ibu bapa akan mencurahkan pendidikan yang sempurna kepada mereka supaya mereka kelak menjadi pembela ummah. Kerana berharganya seorang anak, dengan izin-Nya akan menolong kita dalam perjalanan panjang sebelum sampai ke Syurga-Nya. InsyaAllah.

Kisah pengalamanku, sebuah ibrah.

Aku tidak pernah menjangka akan bernikah pada usia muda apatah lagi pada pertengahan aku menuntut ilmu. Apa lagi aku tak pernah jangka yang aku akan bergelar "ibu" pada usia yang muda. Dengan izin-Nya semuanya terjadi sekelip mata. Baru ku tahu, naluri ibu itu adalah satu anugerah Tuhan yang unik. Bayangkan seluruh proses kejadian si anak (manusia) sebagai khalifah berlaku di dalam rahim si ibu. Segala aktiviti jasmani, rohani, intelektual dan spiritual seolah-olah 'dikongsi' bersama dengan si anak. Malah, pada peringkat inilah si anak mendapat pendidikan yang pertama dan yang paling utama seharusnya diterima. 

Satu perkara paling penting. Anak bukanlah datang daripada 'kesuburan' si suami dan si isteri semata. Sebab hidup ini bukan sahaja sebuah teori. Itulah makna sebuah kehidupan. Yang penuh dengan hal-hal yang tak terduga. Kalau tidak, masakan ada pasangan yang selepas sepuluh tahun hidup bersama kemudian mereka dikurniakan anak? Adakah anda mempunyai sebarang idea untuk mengatakan sebab-sebab dalam masa sepuluh tahun barulah sperma dan ovum boleh bersenyawa? Sedangkan manusia itu nampak serupa. Kenalilah kehidupan..bahawa serupa jasad, namun kisah setiap jasad adalah tidak sama. 

Agak terkilan apabila ada orang yang 'sanggup' mempertikaikan atau seolah-olah tidak memahami hakikat betapa berharganya janin yang 'disemai' dengan benih yang halal lagi berkat. Kerana 'terkorban'nya pencapaian peribadi dalam akademik, aku diterjah dengan persoalan yang aku tidak harapkan. Dan sebenarnya langsung aku tak mahu dengar. Bukan atas alasan emosi, tetapi atas sebab kehendak dan iradat Tuhan yang Maha Menjadikan segala sesuatu. Apalagi apabila Allah menjadikan aku seorang yang sangat menghargai adanya janin yang sedang membesar di dalam rahimku. Di antara nikmat dan anugerah yang paling besar setakat ini yang pernah aku rasa. Tidak berani aku katakan 'kehadirannya' terlalu awal atau lambat. Menyedari hakikat kehidupan yang tidak selalunya indah namun ada rahmat dan hikmat di sebaliknya,   kesedihan seorang wanita bergelar isteri yang langsung tidak dapat melahirkan zuriatnya sendiri tidak dapat aku gambarkan. Semoga untuk mereka, ganjaran Tuhan yang tidak ternilai aku doakan kerana mereka menghadapi kesabaran yang sangat tinggi. Yang pernah diuji, andalah yang lebih memahami dan rasa bagaimana keperitannya. Yang tidak diuji, rendahkan hati supaya anda dapat melihat hakikat kehidupan.

Syukur, pendirianku adalah juga pendirian suamiku tercinta.

Syukur, aku berjaya 'terjemahkan' prinsip hidupku walau kadang-kadang tak sehaluan.

Syukur, aku tidak "merancang" untuk lambatkan atau cepatkan kehamilanku kerana aku inginkan sebuah kehidupan yang ada makna. Bukan kronologi semata. 




Saturday 3 December 2011

Diri Aku


Semoga aku terus bersabar dan semoga aku kuat dan tabah
terburu-buru, itulah manusia
ku juga
padahal masa yang ada kini juga
sebahagian daripada 'impian'
banyak bersyukur.......
tenanglah jiwa
Alhamdulillah
ku jumpa 'ubat' kepada perasaan 'terburu-buru' ini
Syukurlah dengan apa yang ada kini
selagi SEBUAH PRINSIP ada buat aku tidak goyah
selagi aku ingin menjadi DIRI AKU...